Pegaga atau juga dikenali sebagai antanan (bahasa Inggeris: pennywort / gotu kola), dengan daun hijau bentuk ginjal juga dirujuk sebagai 'Indian pennywort' kerana rupanya yang seakan satu keping duit syiling. Ia adalah asli di Malaysia, Sri Lanka, India, utara Australia, Indonesia, Iran, Melanesia, New Guinea dan beberapa bahagian Asia lagi. Nama saintifiknya adalah Centella asiatica/Hydrocotyle asiatica[1] Pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, vitamin A dan Vitamin C. Amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan.[perlu rujukan] Pegaga banyak terjual di pasar terutamanya di pasar tani dan sering dimakan sebagai ulam. Daun pegaga juga boleh dibuat tonik untuk menyihatkan badan dan mengurangkan panas badan.Â
Rujukan : Wikipedia
SMKPerlis/HorticultureGarden/EnvironmentLearningCentre