Pandan Wangi (Pandanus amaryllifolius) Pandan wangi (Pandanus amaryllifolius) merupakan sejenis tumbuhan tropika dalam genus Pandanus dan digunakan dengan meluas dalam masakan di Asia Tenggara; bahkan genus tersebut turut dinamakan sempena tumbuhan ini.[1] Spesies pandan jarang terdapat secara meliar tetapi ditanam dengan meluas untuk dibuat perisa dalam masakan. Daunnya digunakan segar (terutamanya dalam bentuk diikat), beku atau dikeringkan sebagai bahan penambah perisa dalam masakan di Nusantara dan Filipina, terutama hidangan nasi dan kuih.
Ayam pandan, atau gai hor bai toey (ไก่ห่อใบเตย), ialah masakan Thailand dengan ayam dibalut dengan daun pandan dan digoreng. Nasi lemak juga menggunakan daun pandan untuk menaikkan rasa santan yang dimasak. Daun ini turut digunakan sebagai perasa bagi pencuci mulut seperti kek, kuih seperti kuih ketayap dan onde-onde malahan juga air sirap.
*Digunakan dalam kajian eksperimen di sekolah
Rujukan: Wikipedia
SMK.PERLIS/EnvironmentLearningCentre/HorticultureGarden