Nanas atau nenas (Jawi: نانس, ننس atau ناناس; nama saintifik: Ananas comosus[1]) ialah sejenis tumbuhan tropika yang tumbuh asal di kawasan merangkumi sebahagian Brazil, Bolivia, dan Paraguay. Tumbuhan ini berada dalam kumpulan bromeliad (yakni keluarga Bromeliaceae), tumbuhan yang rendah saka bak herba (herbaceous perennial) dengan 30 atau lebih daun yang panjang, tajam mengelilingi batang yang tebal. Buah nanas tergolong dalam buah bukan klimakterik iaitu hanya masak di pokok. Di Malaysia, nanas banyak ditanam di negeri Johor, Selangor, Kelantan, dan Pulau Pinang.[25] Nanas ditanam daripada penunasan bahagian atas buah, anak pada pangkal pokok induk atau pangkal buah dan kultur tisu yang dijadikan benih. Burung Kelicap (Hummingbird) merupakan haiwan pendebungaannya . Nanas mengandungi khasiat vitamin A, B1 dan bromelain (digunakan untuk melembutkan daging). Ia juga mengadungi asid sitrik yang berkesan untuk menghilangkan lemak dan menguruskan badan.
Rujukan: Wikipedia
SMK.PERLIS/EnvironmentLearningCentre/HorticultureGarden