Limau Purut ( Citrus hystrix )
Limau purut (Jawi: لیماو ڤوروت; nama saintifik: C. hystrix) adalah sejenis tumbuhan sitrus yang bertaburan asal di kawasan-kawasan tropika Asia Tenggara dan selatan China,[3][4] ia dikenali kerana permukaan buah limau ia yang kasar berkutil bintil atau "purut".[5]
Ia sering kali digunakan dalam masakan-masakan dan perubatan tradisi serata Asia Tenggara, minyak pati buah ini dijadikan bahan membuat minyak wangi.[6]
Tumbuhannya berbentuk pohon kecil dengan tinggi antara 2-12 meter dengan batang-batang kecil rendah yang membengkok atau bersudut manakala setiap rantingnya berduri tajam.[7] Daun muncul setangkai setiap helai[8] berbentuk angka lapan dengan warna hijau gelap yang berkilau licin apabila matang; ia mengeluarkan aroma harum apabila digosok mahupun dikerunyuk.[7]
Buah yang dihasilkan kecil dengan diameter tidak melebihi 2 sm, dengan kulit tebal dengan permukaan kasar "purut".[7]
Reference : Wikipedia