Kemboja ( Plumeria rubra )
Bunga kemboja, kemoja, semboja atau bunga kubur ialah sejenis bunga dalam genus tumbuhan berbunga Plumeria dalam keluarga Apocynaceae terdiri daripada 19 spesies.[1][2] Spesies-spesies genus ini tumbuh asli di kawasan tropika Karibia, Mexico dan Amerika Selatan.[3]
Pokok kemboja mula berbunga pada awal musim panas sampai musim luruh. Bunga-bunga pokok muncul pada tangkai di hujung dahan.[4] Sekuntum bunga terdiri daripada sari salut berbentuk tiub 3-10.2 sm panjang yang pecah menjadi lima kelopak bulat dan berlilin. Kelopak-kelopak ini berwarna merah menyala, kuning, putih kekuning-kuningan, atau jingga.[8][3]
Bunga ini selalu dikaitkan dengan kawasan perkuburan di Malaysia, Indonesia dan Filipina.[10] Ia juga dikenali sebagai Cempaka Kubur. Oleh yang demikian pokok bunga kemboja jarang ditanam di halaman-halaman rumah.
Di beberapa pulau Pasifik seperti Tahiti, Fiji, Samoa, Hawaii, New Zealand, Tonga, dan Kepulauan Cook, bunga-bunga spesies kemboja digunakan untuk membuat kalungan lei.[11] Bunga ini dipakai kaum wanita Polinesia untuk menunjukkan status pertalian: bunga dipakai di telinga kanan menunjukkan mereka yang mahu mencari pasangan, bunga di telinga kiri menunjukkan mereka yang sudah berpunya.[12]
Reference : Wikipedia
SMKPERLIS/HorticultureGarden/EnvironmentLearningCentre