Cekur Manis ( Sauropus androgynous) Cekur manis (Jawi: چکور مانيس) merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand. Ia juga dikenali sebagai mani cai (马尼菜) dalam bahasa Cina, dan bahasa Vietnam sebagai rau ngót. Daun cekur manis selalunya dijadikan sayur dalam masakan. Daun cekur manis juga sering diambil dan di peram / jeruk dan dijadikan bahan masakan yang sungguh menyelerakan. Ia merupakan salah satu sayuran daun yang popular di Asia Selatan dan terkenal kerana banyak didapati dan sedap. Pucuknya juga dimakan sebagai sayuran. Di Vietnam, ia dimasak sebagai sup bersama ketam, atau udang kering. Pucuk muda cekur manis boleh direbus dan dimakan dengan sambal belacan, budu, cencaluk atau pencecah lain sebagai ulam. Rasanya manis dan berangin.
Rujukan: Wikipedia SMK.PERLIS/EnvironmentLearningCentre/HorticultureGarden