Pokok bunga raya kecil atau renek berbelukar dengan daun malar hijau yang tumbuh 2.5–5 meter tinggi dan 1.5–3 m lebar. Ia ada akar tunjang yang bercabang. Batang pokoknya tegak, hijau, berbentuk silinder dan berdahan. Ia merupakan pokok bunga kebangsaan. Berwarna kemerahan dan menarik bagi serangga untuk melakukan pendebungan. Ia mempunyai pelbagai jenis warna bunga selain dari merah. Dipanggil kembang sepatu atau bunga sepatu kerana bunganya digunakan untuk mengilatkan kasut. Khasiat : Bunga raya juga boleh dimakan dan boleh dijadikan jem. Selain itu ia juga mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Cirinya bersifat anti-demam (antipyretic) dapat digunakan untuk merawat demam panas. Daunnya di tumbuk dan lendir yang terhasil digunakan untuk melebatkan dan mempercepatkan pertumbuhan rambut. Ia juga digunakan untuk menghitamkan rambut.
Reference : Laman Herba
SMKPERLIS/HorticultureGarden