Bunga Telang
Bunga telang (Jawi: بوڠا تلـڠ), kembang telang, kacang telang atau bunga biru (nama saintifik: Clitoria ternatea)[2][3] ialah spesies tumbuhan kekacang yang mempunyai bunga berwarna ungu terang dalam keluarga Fabaceae.Bunganya digunakan secara tradisional sebagai bahan pewarna makanan untuk menghasilkan warna biru dalam masakan seperti nasi kerabu,[7][8] pulut dan mi;[8] malah bunga ini turut disebut sebagai bunga nasi kerabu di kawasan Pantai Timur Semenanjung lantaran pemakaiannya tersebut.[3] Kini, ia amat jarang dipakai kerana kekurangan bekalan dalam jumlah yang mencukupi untuk digunakan. Kuntum-kuntum bunganya boleh diseduh sebagai teh (yakni "teh bunga telang"); teh ini diketahui di Vietnam, Thailand dan Malaysia sebagai minuman pelega selepas makan malam mahupun dinikmati manis bercampur limau dan pemanis seperti madu atau gula merah.[9] Peminuman teh bunga telang juga dipercayai membantu mengekalkan awet muda dan ketegangan kulit.[10]
Rujukan : Wikipedia