Bunga Mawar (Rosaceae)
Mawar (Jawi: ماور) atau ros (Jawi: روس) merupakan sejenis tumbuhan berbunga dan saka digolong dalam genus Rosa keluarga Rosaceae;[1] ia sering ditanam sebagai tanaman hiasan. Bunga ini pernah dicadangkan sebagai bunga kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu tidak lama selepas ia dimasyhurkan kemerdekaannya sebelum dikalahkan dari bunga-bunga lain oleh bunga raya pada 1960.[perlu rujukan]
Bunga mawar adalah salah satu jenis pokok bunga yang telah lama dikenali oleh masyarakat Melayu. Ia disebut dalam Hikayat Bayan Budiman yang ditulis sekitar 1370-an.[2] Bunga mawar mempunyai bau harum, biasanya mawar kampung mempunyai bau yang paling kuat. Dalam kebudayaan-kebudayaan Barat dan Melayu, bunga mawar melambangkan cinta.
Kelopak bunga mawar boleh dimakan mentah atau dimasak dalam lauk atau digoreng bersalut tepung.[1]
Kelopak-kelopak ini juga diseduh atau direndam dalam air panas dibuat air mawar.[8] Air mawar banyak digunakan dalam masakan Asia Barat terutamanya dalam membuat halwa, ia bahan biasa dalam minyak wangi, dan ia digunakan dalam upacara-upacara berbilang agama seperti menguruskan jenazah
Reference: Wikipedia