BAYAM BRAZIL ((Althernanthera sissoo)
BAYAM BRAZIL (Althernanthera sissoo) adalah salah satu spesis tanaman sayuran berdaun yang berasal daripada Brazil dan Amerika Selatan. Tumbuhan ini tergolong dalam famili Amaranthaceae yang kini sudah ditanam dan mula diminati ramaoo dinegara kita. Sayuran ini juga dipanggil sebagai Brazillian Spincah, Poor Man Spinach, Sambu dan juga Sambu lettuce. Pada penulis blog yang pernah menanam bayam ini mendapati pokok bayam brazil merupakan tanaman yang senang tumbuh dan tidak memerlukan penjagaan yang terlalu rumit. Pokok bayam brazil juga mudah membiak dengan cepat dan hasilnya dapat dituai hanya selepas beberapa minggu sahaja selepas ditanam. Bayam brazil sering digunakan kerana terdapat pelbagai khasiat dari pokok ini. Pelbagai jenis masakan boleh diolah seperti masak lemak bayam brazil, direbus sebagai ulam ataupun dicelup tepung dan goreng. Bayam brazil adalah pokok herba renek yang berbatang lembut dan berdaun kerinting (Sila lihat foto diatas). Keratan batang merupakan bahan tanaman yang mudah dilakukan. Ini kerana cara penanaman pokok bayam brazil adalah melalui keratan batang. Keratan batang boleh diambil dari pokok yang telah matang.
Reference : Anim Agro Tech.com