PENGURUSAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
Sila log in dengan AKAUN DELIMA masing-masing untuk tulis RPH.
PENGURUSAN PLC
(PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY)
PENGURUSAN PENCERAPAN
Pencerapan
Penyeliaan proses PdPC di tempat berlakunya proses PdPC. Konsep penyeliaan ialah usaha membaiki instruksional termasuk rancangan pengajaran, memerhati, mengendali, membimbing, memberi motivasi, menegur, menyelenggara, membaiki, menilai dan memberi maklum balas.
Pencerap
Pencerap terdiri daripada Ketua Jabatan, Penolong-Penolong Kanan dan Ketua-Ketua Panitia yang diberi kuasa untuk melaksanakan pencerapan
Instrumen Pencerapan - Borang Standard 4
Instrumen pencerapan merujuk kepada kriteria-kriteria yang akan dinilai pencerap.
Bilangan Pencerapan
Penilaian Kendiri
Pencerapan Pertama
Pencerapan Kedua
TATACARA PERLAKSANAAN PENILAIAN KENDIRI PENCERAPAN
Pencerapan
Tetapkan satu sesi PdPC.
Baca dan hayati setiap aspek 4.1 hingga 4.6 dalam Borang Standard 4.
Laksanakan PdPC.
Lengkapkan penilaian kendiri dalam BENTUK DIGITAL.
Cetak satu salinan Borang Standard 4 dan hantar kepada :
a. Sesi Pagi: Cik Phang Poh Choo - Setiausaha Kurikulum
b. Sesi Petang: Pn Gan Su Theng - Penolong Setiausaha Kurikulum
Nama pencerap Rujuk Garis Panduan Pentadbiran Tahun Akademik 2026 Halaman 52.
Tempoh: 02.03.2026 hingga 17.04.2026.
Muat naik Borang Standard 4 (Bentuk Digital) ke dalam Drive mengikut pencerap masing-masing.
Format menamakan fail: NAMA HURUF BESAR_PENCERAPAN KENDIRI 2026
Selesai.
PENCERAPAN 1 (02.03.2026 HINGGA 17.04.2026)
Lengkapan Butiran Sesi PdPC untuk Pencerapan 1/Tahun 2026.
Tetapkan satu sesi PdPC.
Bincang dengan Pencerap tentang sesi yang ditentukan supaya tidak bertindih waktu PdPC Pencerap.
Lengkapkan jadual seperti di bawah.
JANGAN GUNAKAN WAKTU LAIN (MATA PELAJARAN LAIN) UNTUK JALANKAN PENCERAPAN.
TATACARA PERLAKSANAAN PENCERAPAN 1/2026
Sebelum
Semak nama pencerap.
Berbincang dengan pencerap tentang tarikh dan mata pelajaran untuk sesi pencerapan.
Bersedia dengan perancangan PdPC, sediakan Bahan Bantu Mengajar, slaid, tempat jika bukan bilik darjah dan sebagainya supaya PdPC berjalan dengan lancar.
Semasa
Menjalankan pencerapan.
Menyediakan tempat untuk pencerap, RPH, borang Standard 4, borang ISPPK Guru dan Murid yang telah diisi dengan butiran PdPC tersebut.
Selepas
Berbincang dengan pencerap dan dapatkan maklum balas tentang pencerapan yang dijalankan.
Pencerap melengkapkan pemurnian borang Standard 4 setelah berbincang dengan pegawai yang dicerap.
Setelah selesai, muat naik bahan PdPC yang digunakan untuk pencerapan dalam folder di bawah.
MUAT NAIK BAHAN PDPC YANG DIGUNAKAN UNTUK PENCERAPAN 1/2026
MUAT NAIK BORANG STANDARD 4 (PENCERAPAN KENDIRI)
TEMPOH: 23.02.2026 Hingga 19.03.2026 (ASALKAN SEBELUM TARIKH PENCERAPAN 1 YANG DITETAPKAN OLEH GURU DAN PENCERAP)