Kembali ke
Program ini berlangsung seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 28 Julai 2023 (Jumaat)
Masa : 8:00 pagi - 12:00 tengah hari
Tempat : Dewan Tan Sri Noh Omar, SMK Sg Burong
Penganjur : Unit Kurikulum dan Unit Bimbingan dan Kaunseling, SMK Sg Burong
Peserta : Semua murid, guru dan kakitangan serta pelajar dan ibu bapa calon SPM 2022, SMK Sg Burong
Para pelajar tingkatan 3, 4 dan 5 berada di Dewan Tan Sri Noh Omar untuk sama-sama memeriahkan majlis, bersama ibu bapa penerima anugerah SPM 2022.
Majlis dimulakan sekitar pukul 9.30 pagi setelah semua tetamu jemputan tiba. Antara tetamu khas ialah En Mahazir bin Azemi, Penolong Pegawai PPD Kuala Selangor dan En Zainal 'Abidin bin Md Zain, YDP PIBG SMK Sg Burong, selaku perasmi majlis.
Setelah selesai penyampaian semua anugerah, para tetami dihidangkan dengan tayangan video yang telah disediakan oleh Cikgu Sukri yang memaparkan profil penerima anugerah SPM 2022. Sebelum berakhir, sesi fotografi beramai-ramai bersama tetamu khas dan semua penerima anugerah SPM 2022 termasuk ibu bapa masing-masing.
Majlis selesai sekitar pukul 11.00 pagi. Pelajar masuk kelas masing-masing untuk meneruskan sesi PdP.