STRATEGI MAMPATAN, PECUTAN DAN PENGAYAAN (M2P)

Strategi Mampatan, Pecutan, dan Pengayaan (M2P) merupakan satu pilihan strategi yang boleh dipertimbangkan dan digunakan oleh guru untuk memastikan murid dapat menguasai kandungan kurikulum yang dihasratkan dalam tempoh yang ditetapkan. Melalui Strategi M2P guru dapat memampatkan kandungan kurikulum dan seterusnya membuat pecutan dalam kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) mengikut kesesuaian, kebolehan dan keperluan murid. Melalui Strategi M2P juga, guru dapat membezakan aktiviti, proses, produk dan persekitaran PdP mereka mengikut keperluan murid. Selain itu, strategi ini dapat memberi guru autonomi untuk menjadikan pelaksanaan kurikulum lebih fleksibel dan perancangan PdP dapat difokuskan kepada keperluan murid secara individu. Strategi ini boleh digunakan semasa PdP dan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dengan merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) atau Dokumen Penjajaran Kurikulum (DPK).

Sila klik butang untuk maklumat lebih lanjut.

Panduan Perancangan Pengajaran Strategi M2P Sekolah Rendah

Sila klik butang mata pelajaran yang dipilih.

Panduan Perancangan Pengajaran Strategi M2P Sekolah Menengah

Sila klik butang mata pelajaran yang dipilih.