e-RPH

Konsep

E-rph adalah Rancangan Pembelajaran Harian yang dibuat secara salinan lembut (soft copy) dan boleh secara umumnya diakses secara atas talian. Tujuannya adalah supaya boleh diakses di mana-mana sahaja pada bila-bila masa. 


Kelebihan

1. Mudah diakses daripada mana-mana peranti.

2. Pentadbir dan pemantau mudah membuat semakan.

3. Boleh dikitar semula dan dikongsikan.

4. Boleh diubah suai.

5. Menjimatkan kertas.

6. Menjimatkan masa.

7. Boleh dirujuk oleh guru pada bila-bila masa.

8. Meringkan beban guru membawa buku rekod atau fail RPH dari kelas ke kelas.


Bentuk

1. Google Docs

2. Microsoft Word

3. Pdf

4. Google Sheets

5. Dokumen sama ada Docs, Word, Sheets atau Pdf dengan Drop Down Menu


Bagaimanakah e-RPH dapat diakses?

1. Pautan Google Drive

2. Google Classroom

3. Microsoft OneDrive

4. QR Code


Kekangan

1. Talian internet yang tidak stabil.

2. Kemahiran menggunakan sistem yang telah ditetapkan


Bagaimanakah cara mengatasi

1. Cari capaian internet yang baik.

2. Tetapkan fungsi luar talian.

3. Digunakan sepanjang masa dan sentiasa rujuk panduan atas talian.