MENGENALI RENTAP
Seorang waris keturunan Panglima Rentap, pejuang kemerdekaan Sarawak yang begitu berani menentang regim Brooke 163 tahun lepas. Sebut nama Rentap. penduduk Sarawak masih mengingati semangat penentangannya terhadap kuasa penjajah Inggeris yang diketuai James Brooke, ketika melebarkan kuasanya ke Borneo pada abad ke-19. Rentap merupakan seorang pahlawan Dayak (Iban) yang terkenal dalam sejarah Sarawak. Rentap adalah anak sulung kepada Ningkan dan isterinya Imbong. Rentap merupakan pemimpin orang Iban di Sungai Skrang dan Sungai Saribas. Beliau dilahirkan pada tahun 1800. Gelaran Rentap yang bermaksud Ensumbar dalam bahasa Iban atau membuat dunia bergegar diberikan kepada Libau selepas beliau memenggal kepala musuh menggunakan perang pertamanya. Beliau juga digelar 'Raja Darat' dan 'Raja Ulu' atas perjuangannya yang mendapat sokongan padu daripada penduduk Iban. Masyarakat Iban menggunakan slogan "Agi Idup Agi Ngelaban" yang bermaksud selagi hidup selagi berjuang dalam perjuangan mereka untuk mempertahankan maruah negeri dan Rentap adalah satu-satunya pahlawan Iban yang tidak pernah secara rasmi mengiktiraf kekuasaan kerajaan Brooke di Sarawak.