SINOPSIS PROGRAM
KV menawarkan dua (2) peringkat pengajian iaitu Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM). Murid lepasan Tingkatan Tiga daripada sekolah menengah harian yang berminat dan cenderung mengikuti aliran vokasional berpeluang menyambung pengajian di peringkat Sijil Vokasional Malaysia (SVM) sebelum melanjutkan pengajian di peringkat DVM.
Program ini mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam merancang, mereka bentuk, memeriksa dan menguji kimpalan arka dan kimpalan gas arka serta kaedah pemotongan bahan logam dengan menggunakan ositelin, plasma dan kaedah mekanikal yang melibatkan keluli karbon, keluli tahan karat, aluminium. Program turut memberikan penekanan kepada aplikasi perisian komputer, kawalan, pemeriksaan dan pengujian, penyeliaan serta latihan loji.
PROSPEK KERJAYA
Jurukimpal
Juruteknik Kimpalan
Pembantu Jurutera Kimpalan
Pengusaha Pusat Latihan CAD/CAM
Usahawan Produk Kreatif Pemesinan