SINOPSIS PROGRAM
KV menawarkan dua (2) peringkat pengajian iaitu Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM). Murid lepasan Tingkatan Tiga daripada sekolah menengah harian yang berminat dan cenderung mengikuti aliran vokasional berpeluang menyambung pengajian di peringkat Sijil Vokasional Malaysia (SVM) sebelum melanjutkan pengajian di peringkat DVM.
Program ini mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam merekabentuk dan membuat anggaran kos bagi kerja-kerja elektrik, menggunakan peralatan ujian dan perlindungan pemasangan, peralatan industri, kendalian mesin dan sistem agihan bekalan, membuat pemasangan dan pemeriksaan bekalan elektrik, menyelenggara sistem pneumatik, hidraulik dan automasi, bekalan kecemasan, pengulang-alik, kotak kawalan janakuasa dan kemahiran penyeliaan kerja-kerja berkaitan elektrik.
PROSPEK KERJAYA
Pembantu Jurutera Elektrik
Pendawai Elektrik
Juruteknik Elektrik
Usahawan