SINOPSIS PROGRAM
KV menawarkan dua (2) peringkat pengajian iaitu Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM). Murid lepasan Tingkatan Tiga daripada sekolah menengah harian yang berminat dan cenderung mengikuti aliran vokasional berpeluang menyambung pengajian di peringkat Sijil Vokasional Malaysia (SVM) sebelum melanjutkan pengajian di peringkat DVM.
Program ini mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kerja-kerja menservis kenderaan bermotor (automotif) termasuk sistem enjin, sistem casis, sistem transmisi dan lain-lain. Peningkatan kemahiran pengurusan, penyeliaan dan pedagogi dalam industri automotif juga dititikberatkan.
PROSPEK KERJAYA
Penolong Jurutera
Juruteknik
Pegawai Latihan Vokasional
Tentera (Bahagian Mekanik)
Polis (Bahagian Mekanik)
Juruteknik Kenderaan (kerajaan/swasta)