TEMA

SUB TEMA

Sub tema 1: Pengajaran & Pembelajaran (PdP)


Sub tema 2: Pembangunan Modal Insan


Sub tema 3: Kepimpinan Pendidikan


Maklumat Terkini

DIKEMASKINI PADA 19 MAC 2024

1.0 Pengenalan

KonPPI-3 2023 merupakan satu platform yang relevan untuk para pendidik meluaskan jalinan dan jaringan kolaboratif secara profesional melalui perkongsian aktiviti kesarjanaan seperti penyelidikan dan inovasi pendidikan. Selain itu, konvensyen ini turut membuka peluang peserta menimba ilmu pengetahuan dan berkongsi amalan terbaik pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan pengurusan pendidikan.

Seiring dengan hasrat murni KPM dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025 untuk memperkasakan kualiti institusi pendidikan, maka penganjuran KonPPI-3 2023 berfungsi sebagai wacana untuk warga pendidik dan pemimpin pendidikan untuk mencetus idea bagi merancang transformasi selaras keperluan pendidikan semasa.

Penganjuran KonPPI-3 2023 sangat penting bagi mengembangkan ilmu dan perkongsian kepakaran. Adalah diharapkan keberhasilan penyelidikan dan inovasi berupaya meningkatkan profesionalisme pensyarah seterusnya memberi impak positif secara langsung kepada kecemerlangan pelajar Program Matrikulasi KPM.

2.0 Objektif

2.1 Menyediakan platform kepada peserta membentang serta berkongsi dapatan penyelidikan, PLC, inovasi dan KIK;

2.2 Jaringan kolaboratif dalam penyelidikan, PLC, inovasi dan KIK antara pelbagai institusi pendidikan;

2.3 Berkongsi amalan terbaik pembudayaan penyelidikan, PLC, inovasi dan KIK; dan

2.4 Memantapkan ilmu dan menjana aspirasi pembelajaran sepanjang hayat dalam pelbagai bidang pembangunan pendidikan.

"Pendidikan Tersedia Masa Hadapan (Future Ready Education) Memperkasakan Pembangunan Modal Insan"