PENGENALAN
Laman Utama Kajian Tahap Kompetensi Digital Pengetua Guru Besar dan Guru 2021
PENGENALAN
Dasar Pendidikan Digital (Teras 2: Pendidik yang Kompeten Digital) berhasrat untuk mengupaya pendidik mengintegrasikan teknologi digital dalam ekosistem pendidikan. Selaras dengan hasrat tersebut, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan kajian untuk mengenal pasti tahap kompetensi digital dan seterusnya menyediakan latihan yang bersesuaian kepada pentadbir dan guru di KPM.
OBJEKTIF KAJIAN
Mengenal pasti tahap kompetensi digital pentadbir sekolah dan guru di KPM.
Menyediakan latihan yang bersesuaian kepada pentadbir dan guru di KPM.
PANDUAN MENJAWAB INSTRUMEN KAJIAN
Sila jawab setiap soalan yang diberikan dengan lengkap dan jujur. Segala maklumat berkaitan kajian ini dirahsiakan dan hanya untuk kegunaan KPM sahaja.
Tuan/Puan WAJIB menjawab kedua-dua instrumen kajian yang disediakan dengan menggunakan akaun e-mel moe-dl.edu.my masing-masing.
Tuan/Puan juga digalakkan menggunakan komputer dekstop atau komputer riba untuk menjawab kajian ini.
Tempoh menjawab instrumen kajian ini bermula pada:
13 September 2021 hingga 17 September 2021
Dilanjutkan sehingga 16 Oktober 2021
Tuan/Puan hanya dibenarkan menjawab setiap instrumen kajian sebanyak SATU (1) kali sahaja.
Pentadbir Sekolah yang perlu menjawab kajian ini:
i) Pengetua
ii) Guru Besar
iii) Penolong Kanan Pentadbiran
iv) Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
v) Penolong Kanan Kokurikulum
vi) Penolong Kanan Petang
vii) Penolong Kanan Sekolah Rendah
viii) Penolong Kanan Tingkatan 6
ix) Penolong Kanan Pendidikan Khas
x) Penolong Kanan Sukan
xi) Penolong Kanan Seni
INSTRUMEN KAJIAN
Kajian ini mengandungi 48 item beraneka pilihan.
Sila jawab semua item soal selidik yang diberikan sebelum tuan/puan menekan butang SUBMIT
Masa yang dianggarkan untuk menjawab adalah 30 minit.
Kajian ini mengandungi 25 item beraneka pilihan dan 4 item berstruktur.
Sila jawab semua item soal selidik yang diberikan sebelum tuan/puan menekan butang SUBMIT
Masa yang dianggarkan untuk menjawab adalah 45 minit.