PENGENALAN
Laman Utama Kajian Tahap Kompetensi Digital Pengetua Guru Besar dan Guru 2021
PENGENALAN
Dasar Pendidikan Digital (Teras 2: Pendidik yang Kompeten Digital) berhasrat untuk mengupaya pendidik mengintegrasikan teknologi digital dalam ekosistem pendidikan. Selaras dengan hasrat tersebut, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan kajian untuk mengenal pasti tahap kompetensi digital dan seterusnya menyediakan latihan yang bersesuaian kepada pentadbir dan guru di KPM.
OBJEKTIF KAJIAN
Mengenal pasti tahap kompetensi digital pentadbir sekolah dan guru di KPM.
Menyediakan latihan yang bersesuaian kepada pentadbir dan guru di KPM.
PANDUAN MENJAWAB INSTRUMEN KAJIAN
Sila jawab setiap soalan yang diberikan dengan lengkap dan jujur. Segala maklumat berkaitan kajian ini dirahsiakan dan hanya untuk kegunaan KPM sahaja.
Tuan/Puan WAJIB menjawab kedua-dua instrumen kajian yang disediakan dengan menggunakan akaun e-mel moe-dl.edu.my masing-masing.
Tuan/Puan juga digalakkan menggunakan komputer dekstop atau komputer riba untuk menjawab kajian ini.
Tempoh menjawab instrumen kajian ini bermula pada:
13 September 2021 hingga 30 September 2021
(Rujuk Jadual Yang Disediakan Mengikut Zon Negeri)
Dilanjutkan sehingga 16 Oktober 2021
Tuan/Puan hanya dibenarkan menjawab setiap instrumen kajian sebanyak SATU (1) kali sahaja.
Instrumen kajian akan dibuka mengikut Zon Negeri. Tuan/Puan boleh merujuk kepada jadual tarikh menjawab instrumen kajian yang telah disediakan di ruangan Soalan Lazim (FAQ) dan juga di pengepala tapak (site header) mengikut Zon Negeri.
Guru Sekolah yang perlu menjawab kajian ini semua guru kecuali Pentadbir Sekolah dan Guru Bimbingan Kaunseling
INSTRUMEN KAJIAN
Kajian ini mengandungi 37 item beraneka pilihan
Sila jawab semua item soal selidik yang diberikan sebelum tuan/puan menekan butang SUBMIT
Masa yang dianggarkan untuk menjawab adalah 30 minit
Kajian ini mengandungi 25 item beraneka pilihan dan 4 item berstruktur
Sila jawab semua item soal selidik yang diberikan sebelum tuan/puan menekan butang SUBMIT
Masa yang dianggarkan untuk menjawab adalah 45 minit