KEBITARAAN
SILAT SENI GAYONG
SILAT SENI GAYONG
Persatuan ini mula ditubuhkan secara rasminya pada tahun 2007 dan berdaftar di bawah badan induk silat mengikut perguruan iaitu Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Negeri Perak.Â
Pendaftaran Persatuan Silat Sekolah turut dibuat dibawah Jabatan Pelajaran Negeri Perak dan Kementerian Pelajaran Malaysia berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1992 dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 13/2000.
Persatuan Silat Sekolah atau mana-mana Persatuan Seni Bela Diri di sekolah diiktiraf sebagai Pasukan Pakaian Seragam Sekolah yang merupakan salah satu cabang Kokurikulum pendidikan mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1997
Pada tahun 2024, silat dikategorikan semula ke bawah Sukan dan Permainan berdasarkan SPI Bil 2/2024.
Menghidupkan seni warisan dan kemahiran bela diri bagi membentuk jati diri bangsa yang terbilang.
Melahirkan pesilat yang cergas, berilmu, berakhlak dan berdisiplin bagi membina jati diri bangsa yang cemerlang dan terbilang.