SYARAT UMUM ;
Terbuka kepada murid tahun 4 hingga 6 sahaja.
Fokus pertandingan adalah memastikan kefahaman murid tentang maklumat sains dan melalui penghasilan Peta i-Think secara digital.
Membina Peta i-Think Sains berdasarkan topik-topik Sains yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).
Penghasilan Peta i-Think boleh dibuat dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.
Penghasilan Peta i-Think boleh dibina secara bebas dalam satu mukasurat bersaiz A4 menggunakan mana-mana perisian yang sesuai dan disimpan dalam pilihan format JPEG / PNG / PDF.
Peta i-Think mestilah hasil ciptaan peserta sendiri dan tidak diciplak dari internet atau lain-lain sumber.
Peta i-Think hendaklah dihantar melalui alamat pautan yang akan dimaklumkan dalam hebahan pertandingan peringkat negeri.
Peserta hanya boleh menghantar satu ( 1 ) sahaja penyertaan untuk pertandingan ini.
Fokus STEM: Sains
Hanya nama peserta dan tahun/tingkatan sahaja DIBENARKAN ditulis @ disebut dalam hasil projek. Nama sekolah dan negeri TIDAK DIBENARKAN.
PENYERTAAN AKAN DITOLAK JIKA;
Hasil ciptaan diciplak dari internet.
Tidak menepati Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
Hasil ciptaan menggunakan format selain JPEG/PNG/PDF
Hasil yang dihantar bukan dalam bentuk Peta i-Think.
Tarikh penghantaran adalah selepas Jam 12.00 malam 31 Julai 2021
PROSES PENGISIAN BORANG PENYERTAAN & PENGHANTARAN PETA i-THINK SAINS
Pengisian borang penyertaan adalah melalui alamat pautan (Google Form) yang akan dimaklumkan dalam hebahan pertandingan peringkat negeri secara dalam talian.
Peserta akan memuat naik hasil kerja ke dalam pautan yang disediakan.
MAKLUMAT TAMBAHAN ;
Keputusan hakim adalah muktamad. Markah peserta adalah sulit dan sebarang aduan tidak akan dilayan
Hanya 3 pemenang utama dan 5 pemenang saguhati yang akan dihubungi oleh penganjur.
Semua hasil penyertaan adalah menjadi hak milik Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur