MATHEMATICS ONLINE QUIZ COMPETITION
📌Tarikh Pertandingan: 19 JUN 2021
📌Masa Pertandingan: 11 pagi - 12 tgh hari
📌Tarikh Tutup Pendaftaran: 18 JUN 2021, sebelum jam 2 ptg
📌Tahun/Tingkatan Peserta: tahun 4-6
Panduan untuk peserta yang telah mendaftar melalui sekolah.
mate.mp4SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
a. Pertandingan ini bertujuan untuk memupuk minat dalam matematik dan meningkatkan kemahiran matematik peserta.
b. Terbuka kepada murid-murid tahun 4 hingga 6 sahaja.
c. Had penyertaan setiap sekolah adalah 2 orang peserta dengan bimbingan seorang guru mentor. Guru mentor perlu membuat pendaftaran peserta selewat-lewatnya 18 Jun 2021(Jumaat), sebelum jam 2.00 petang.
d. Soalan-soalan yang diuji adalah dalam Bahasa Inggeris.
e. Soalan-soalan yang diuji adalah soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
f. Pertandingan akan diadakan pada 19 Jun 2021 (Sabtu) pada jam 11.00 pagi – 12.00 tengah hari.
g. Peserta yang telah mendaftar perlu menjawab 50 soalan dalam tempoh 1 jam.
h. Murid-murid dikehendaki menjawab soalan tanpa bantuan ibubapa/penjaga, keluarga, rakan-rakan dan guru
i.Pemilihan pemenang berdasarkan markah tertinggi dengan masa terpantas. Keputusan hakim adalah muktamad.
j. Fokus STEM: Matematik