Syarat-syarat Pertandingan Sekolah Rendah
1. Terbuka kepada murid tahun 4 hingga 6 sahaja.
2. Fokus pertandingan ialah mencungkil kreativiti murid-murid dalam menghasilkan poster yang mampu menyampaikan maklumat kepada orang ramai.
3. Poster dibuat menggunakan perisian yang sesuai, bersaiz A4, berorientasikan landskap atau potret dan perlu disimpan dalam pilihan format JPEG / PNG / PDF.
4. Poster mestilah hasil ciptaan peserta sendiri dan tidak diciplak dari internet atau lain-lain sumber.
5. Peserta hanya boleh memilih satu tema di bawah untuk digunakan dalam penghasilan poster digital;
a. Kekal Sihat, Kekal Bahagia / Stay Healthy Stay Happy
b. Sayangi Alam Sekitar / Love the Environment
c. Amalan Hijau Selamatkan Bumi / Going Green Saves the Planet
d. Katakan Tidak Kepada Plastik / Say No to Plastics
e. Spesies Terancam: Jangan Biarkan Ianya Pupus / Endangered Species: Don’t Let
Them Disappear
7. Penilaian adalah berdasarkan;
a. Persembahan dan reka bentuk - 60 markah
b. Ketepatan tema - 40 markah
8. Poster hendaklah dihantar melalui alamat pautan yang akan dimaklumkan dalam hebahan pertandingan peringkat negeri.
9. Peserta hanya boleh menghantar satu ( 1 ) sahaja penyertaan untuk pertandingan ini.
10. Fokus STEM: Sains
11. Hanya nama peserta dan tahun/tingkatan sahaja DIBENARKAN ditulis @ disebut dalam hasil projek. Nama sekolah dan negeri TIDAK DIBENARKAN.
Syarat-Syarat Tambahan
1. Setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan borang penyertaan. Penyertaan yang tidak lengkap tidak akan diterima oleh pihak penganjur.
2. Peserta perlu menyatakan sumber yang diperoleh dan digunakan dalam hasil projek murid.
3. Hasil projek yang diplagiat akan dibatalkan penyertaan dengan serta-merta.
4. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan berkaitan dengan karya atau produksi terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang berkaitan.
5. Setiap hasil projek murid yang dihantar tidak akan dikembalikan kepada peserta dan Kementerian Pendidikan Malaysia berhak untuk mencetak atau menerbitkan hasil projek yang memenangi pertandingan ini. Walau bagaimanapun, hak cipta tetap menjadi hak milik peserta.
6. Keputusan panel hakim adalah muktamad. Markah peserta adalah sulit dan sebarang aduan tidak akan dilayan.