Pertandingan Persembahan STEM


  1. Terbuka kepada murid-murid tingkatan 1 hingga 3 sahaja.


  1. Fokus pertandingan ialah penyampaian mana-mana konsep STEM dalam bentuk persembahan.


  1. Bentuk persembahan adalah bebas dan penyampaian konsep STEM bergantung kepada kreativiti murid, dan boleh disampaikan dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.


  1. Persembahan boleh dilaksanakan secara individu atau bantuan ahli keluarga, walau bagaimanapun peranan murid yang mengambil bahagian akan diberi perhatian.


  1. Persembahan perlu dirakam dan divideokan dalam tempoh 3 - 4 minit.


  1. Video boleh disimpan dalam pilihan format MP4 / 3GP / AVI / MOV / WMV.


  1. Pautan/link hasil kerja murid hendaklah di simpan di dalam google drive e-mel delima moe murid *


  1. Link dihantar di dalam borang pendaftaran yang disediakan


  1. Penilaian adalah berdasarkan;


  1. Pemilihan konsep sains - 35 markah

  2. Kreativiti persembahan - 35 markah

  3. Aliran persembahan - 15 markah

  4. Props - 15 markah


  1. Fokus STEM: Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik

  2. Hanya nama peserta dan tahun/tingkatan sahaja DIBENARKAN ditulis @ disebut dalam hasil projek. Nama sekolah dan negeri TIDAK DIBENARKAN.


Syarat-Syarat Tambahan


  1. Setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan borang penyertaan. Penyertaan yang tidak lengkap tidak akan diterima oleh pihak penganjur.


  1. Peserta perlu menyatakan sumber yang diperoleh dan digunakan dalam hasil projek murid.


  1. Hasil projek yang diplagiat akan dibatalkan penyertaan dengan serta-merta.


  1. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan berkaitan dengan karya atau produksi terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang berkaitan.


  1. Setiap hasil projek murid yang dihantar tidak akan dikembalikan kepada peserta dan Kementerian Pendidikan Malaysia berhak untuk mencetak atau menerbitkan hasil projek yang memenangi pertandingan ini. Walau bagaimanapun, hak cipta tetap menjadi hak milik peserta.

  2. Keputusan panel hakim adalah muktamad. Markah peserta adalah sulit dan sebarang aduan tidak akan dilayan.