Physics Online Quiz Competition

  1. Pertandingan ini bertujuan untuk memupuk minat dan menguji pengetahuan peserta dalam bidang Fizik.

  2. Terbuka kepada murid-murid tingkatan 4 dan 5 sahaja.

  3. Pertandingan peringkat negeri akan dikelolakan mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan oleh setiap Jabatan Pendidikan Negeri.

  4. Peserta yang telah mendaftar perlu menjawab 50 soalan aneka pilihan dalam tempoh 1 jam.

  5. Soalan-soalan dalam pertandingan ini adalah dalam dwibahasa, iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

  6. Peserta terbaik peringkat negeri (mengikut bilangan yang ditetapkan oleh BSKK KPM) akan layak menyertai Physics Online Quiz Competition Peringkat Kebangsaan.

  7. Pengurusan pelaksanaan Physics Online Quiz Competition Peringkat Kebangsaan adalah di bawah pengelola kebangsaan yang telah dilantik dengan kerjasama BSKK KPM.

  8. Bagi tujuan menilai keupayaan kendiri, peserta diminta menjawab soalan tanpa bantuan pihak lain.

  9. Fokus STEM: Sains

  10. Hanya nama peserta dan tahun/tingkatan sahaja DIBENARKAN ditulis @ disebut dalam hasil projek. Nama sekolah dan negeri TIDAK DIBENARKAN.