Syarat-syarat Pertandingan
1. Terbuka kepada murid-murid tingkatan 4 dan 5 sahaja.
2. Setiap peserta perlu menghasilkan video berdurasi 3 - 4 minit dengan kandungan yang berkaitan dengan teknologi dan kejuruteraan menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.
3. Produksi mestilah karya asal murid dan tidak boleh sama sekali mengandungi unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti perkauman, kebudayaan dan keagamaan.
4. Peserta dibenarkan menggunakan sebarang perisian pembinaan video. Resolusi video hendaklah berkualiti sekurang-kurangnya 1080p (High Definition) dalam pilihan format MP4 / AVI sahaja.
5. Video hendaklah dihantar melalui alamat pautan yang akan dimaklumkan dalam hebahan pertandingan peringkat negeri.
6. Penilaian adalah berdasarkan;
1. Pengenalan - 10 markah
2. Teknik persembahan video - 40 markah
3. Kualiti dan inovasi - 40 markah
4. Nilai dan pengajaran - 10 markah
7. Fokus STEM: Teknologi dan Kejuruteaan
8. Hanya nama peserta dan tahun/tingkatan sahaja DIBENARKAN ditulis @ disebut dalam hasil projek. Nama sekolah dan negeri TIDAK DIBENARKAN.
Syarat-Syarat Tambahan
1. Setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan borang penyertaan. Penyertaan yang tidak lengkap tidak akan diterima oleh pihak penganjur.
2. Peserta perlu menyatakan sumber yang diperoleh dan digunakan dalam hasil projek murid.
3. Hasil projek yang diplagiat akan dibatalkan penyertaan dengan serta-merta.
4. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan berkaitan dengan karya atau produksi terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang berkaitan.
5. Setiap hasil projek murid yang dihantar tidak akan dikembalikan kepada peserta dan Kementerian Pendidikan Malaysia berhak untuk mencetak atau menerbitkan hasil projek yang memenangi pertandingan ini. Walau bagaimanapun, hak cipta tetap menjadi hak milik peserta.
6. Keputusan panel hakim adalah muktamad. Markah peserta adalah sulit dan sebarang aduan tidak akan dilayan.
Garis Masa Pelaksanaan STEM Online Challenge Peringkat Negeri 2021
Berikut adalah garis masa pengurusan pertandingan peringkat negeri dan kebangsaan.
15 JUN 2021 - Pertandingan dimulakan ( peserta boleh mula menghantar penyertaan sehingga 31 JULAI 2021)
31 JULAI 2021 - Tarikh akhir pelaksanaan Pertandingan STEM Onlne Challenge Peringkat Negeri 2021
Hadiah Pertandingan
Setiap peserta layak menerima sijil penyertaan secara digital mengikut peringkat penyertaan murid. Sijil penyertaan STEM Online Challenge Peringkat Negeri 2021 akan dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing. Pemenang-pemenang akan menerima hadiah seperti berikut:
Johan
Plak + Sijil Pencapaian + Sijil Penyertaan
Naib Johan
Plak + Sijil Pencapaian + Sijil Penyertaan
Tempat Ketiga
Plak + Sijil Pencapaian + Sijil Penyertaan
5 X Saguhati
Sijil Pencapaian + Sijil Penyertaan
Pegawai Untuk Dihubungi
Pegawai Koakademik STEM, Unit Pembangunan Bakat Murid, JPN;
Cik Norleen binti Kamardin E-mel: norleen.kamardin@moe.gov.my
upbmjpwpkl@gmail.com
Pegawai Teknikal Pertandingan
En. Mohd Sabri bin Che Noh E-mel: sirsabriey@gmail.com
Pn. Zeiti Anis Husaina binti Zakaria E-mel: zettyzetsuchi@gmail.com