Junior Olimpiad Fizik

  1. Terbuka kepada murid-murid sekolah menengah tingkatan 4 dan 5 sahaja.

  2. Fokus pertandingan ialah menguji keupayaan kendiri dalam bidang Fizik.

  3. Pertandingan akan berlangsung dalam tempoh 1 jam pada tarikh, dan masa serentak di seluruh negara.

  4. Soalan-soalan dalam pertandingan ini adalah dalam dwibahasa, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

  5. Pertandingan akan dijalankan secara dua peringkat, iaitu peringkat awal dan peringkat akhir.

  6. Pautan soalan di laman sesawang Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia akan diaktifkan 15 minit sebelum pertandingan serentak dijalankan di seluruh negara.

  7. Untuk tujuan menilai keupayaan diri sendiri, murid-murid diminta menjawab soalan tanpa bantuan pihak lain.