PENGENALAN
PENGENALAN
Program Kempen Etika 2025: Cakna Etika, Cakna Masyarakat dilaksanakan bagi memenuhi keperluan pentaksiran berterusan kursus Etika dan Peradaban. Program ini bertujuan untuk menggalakkan kesedaran sivik dan nilai etika dalam kalangan warga pendidik serta masyarakat umum melalui pendekatan kempen digital. Melalui pelaksanaan kempen ini, pelajar diberi peluang untuk menganjurkan aktiviti promosi nilai-nilai murni seperti integriti, anti-rasuah, alam sekitar, kepelbagaian kaum dan penolakan buli siber secara kolaboratif menggunakan medium digital yang kreatif dan berimpak.
Kempen ini juga menjadi wadah untuk memupuk tanggungjawab sosial dalam kalangan bakal guru melalui penyebaran mesej positif yang mendidik, membina dan sejajar dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pelaksanaan secara dalam talian membolehkan penyertaan yang lebih luas dan interaktif, selaras dengan arus transformasi teknologi pendidikan serta budaya komunikasi maya yang semakin berkembang dalam kalangan masyarakat hari ini.
OBJEKTIF
1. Mengaplikasikan pengetahuan tentang etika dan peradaban dalam penganjuran kempen digital yang bersifat mendidik dan membina nilai masyarakat.
2. Meningkatkan kesedaran sivik dalam kalangan pelajar dan masyarakat terhadap kepentingan integriti, tanggungjawab sosial dan nilai kemanusiaan sejagat.
3. Mengorganisasikan peranan etika dan peradaban dalam mendukung tanggungjawab sosial bagi membentuk masyarakat berintegriti dan anti-rasuah dalam menghadapi cabaran keterlestarian serta isu-isu semasa di Malaysia melalui penganjuran projek digital.
TEMPAT PELAKSANAAN
TEMPOH PELAKSANAAN
TEMA
SUBTEMA
KERTAS KERJA