PENGENALAN
Kelab STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) SMK Seksyen 27, telah ditubuhkan pada tahun 2015, ia merupakan salah satu inisiatif penting dalam memperkasakan pendidikan abad ke-21 di peringkat sekolah menengah. Penubuhan kelab ini bertujuan untuk menyemai minat pelajar terhadap bidang STEM melalui pendekatan pembelajaran berasaskan inkuiri, projek dan penyelesaian masalah.
Kelab ini berfungsi sebagai platform untuk pelajar meneroka konsep-konsep sains dan teknologi secara lebih mendalam di luar bilik darjah, di samping menggalakkan kreativiti, inovasi dan pemikiran kritis. Aktiviti kelab melibatkan eksperimen saintifik, penciptaan inovasi teknologi, pertandingan robotik, projek reka cipta, dan penyertaan dalam pameran serta pertandingan STEM di peringkat sekolah, daerah mahupun kebangsaan.
OBJEKTIF
Objektif utama Kelab STEM SMK Seksyen 27 adalah untuk:
Melalui penyertaan dalam Kelab STEM, pelajar akan:
Meningkatkan kefahaman terhadap konsep STEM secara praktikal dan menyeronokkan.
Mengasah kemahiran penyelidikan, kerja berpasukan, dan komunikasi.
Dipupuk dengan semangat ingin tahu serta daya cipta dalam menyelesaikan masalah sebenar dunia.
Didorong untuk meneroka kerjaya masa depan dalam bidang-bidang berkaitan STEM.
GURU PENASIHAT
TAHUN 2026
TAHUN 2025
SMK SEKSYEN 27 JALAN SELAYANG 27/27 SEKSYEN 27 SHAH ALAM, 40400 SELANGOR Telefon: 03-5192 1493 Faks: 03 – 5191 6273 Email: bea8660@btpnsel.edu.my URL: mylink.la/smks27