Padang
Padang hoki berbentuk rata dan saiznya memainkan peranan utama dalam permainan ini. Jika ianya terlalu sempit, pemain-pemain akan penuh sesak dan kemungkinan mereka tidak dapat melakukan pergerakan yang diperlukan seperti melakukan hantaran bola serta memukul bola kedalam gol. Sehubungan dengan itu pemain agak sukar untuk melakukan kemahiran-kemahiran lain seperti menggelecek dan mencedok bola. Sebaliknya jika kawasan padang permainan terlalu luas, keselesaan bermain dalam satu kelompok akan terbantut. Ini mungkin disebabkan oleh kesukaran menghantar bola kepada rakan sepasukan kerana kedudukan mereka diantara satu sama lain agak jauh.
Mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan permainan hoki antarabangsa, padang hoki hendaklah berbentuk segiempat yang berukuran 91.4 meter dan lebarnya 54.7 meter. Permukaannya hendaklah berbentuk rata dan mempunyai tanda-tanda seperti yang diperlukan untuk permainan ini. Permukaan padang jenis rumput atau lain-lain bahan yang tidak membahayakan boleh digunakan untuk pertandingan. Permainan hoki yang dijalankan di atas padang jenis berumput tiruan atau astroturf adalah lebih baik dari padang berumput biasa. Ini kerana diatas padang jenis tiruan bola boleh bergerak dengan lebih lancar tanpa gangguan.
Pintu gol
Setiap permainan mempunyai gol. Begitu juga hoki. Tanpa gol, sesuatu permainan itu tidak mempunyai matlamat untuk dicapai. Bagi permainan hoki, setiap pasukan mempunyai pintu gol masing-masing.
Seperti permainan-permainan padang yang lain, umpamanya bola sepak dan ragbi, hoki juga dimainkan oleh dua pasukan yang mengandungi 11 orang pemain setiap pasukan. Tujuan utama permainan permainan ini ialah memasukkan bola ke dalam gol lawan. Bola hendaklah dipukul dengan kayu yang dibentuk khas untuk permainan ini. Pemain tidak dibenarkan menyepak, melontar atau mengenakan bola kepada mana-mana bahagian badannya kecuali penjaga gol dengan mematuhi undang-undang tertentu.
Jangka masa permainan sesebuah perlawanan hoki adalah 70 minit, dengan setiap separuh masa mengambil masa sebanyak 35 minit. Perlawanan akan ditamatkan tepat 70 minit dan tiada masa kecederaan diberikan, berikutan masa dihentikan setiap kali bola keluar atau pemain mengalami kecederaan.
Kayu hoki
Kayu hoki, pada kebiasaannya diperbuat daripada ash atau mulberry. Undang-undang hoki telah menyatakan bahawa setiap pemain hendaklah menggunakan kayu yang mempunyai permukaan rata dibahagian kiri. Oleh itu kayu hoki mengiri, untuk pemain kidal tidak wujud dalam permainan hoki. Kayu hoki hendaklah disimpan di tempat yang berhawa sederhana serta kurang lembap. Semasa menyimpan, kayu hoki perlu digosok dengan minyak untuk menjauhkan daripada pecah. Kayu hoki yang pecah pada mana-mana bahagian tidak digalakkan menggunakannya, kerana boleh mendatangkan bahaya.
Kayu hoki
Kayu hoki, pada kebiasaannya diperbuat daripada kayu jenis ash atau mulberry. Undang-undang hoki telah menyatakan bahawa setiap pemain hendaklah menggunakan kayu yang mempunyai permukaan rata dibahagian kiri. Oleh itu kayu hoki mengiri, untuk pemain kidal tidak wujud dalam permainan hoki. Kayu hoki hendaklah disimpan di tempat yang berhawa sederhana serta kurang lembap. Semasa menyimpan, kayu hoki perlu digosok dengan minyak untuk menjauhkan daripada pecah. Kayu hoki yang pecah pada mana-mana bahagian tidak digalakkan menggunakannya, kerana boleh mendatangkan bahaya.
Bola
Ciri-ciri bola adalah seperti berikut:
Bola hoki adalah berbentuk sfera dan keras, pejal atau kosong. Permukaannya licin tetapi pelipat(seam) atau lekuk-lekuk kecl (indentations) adalah dibenarkan. Kebanyakannya adalah berwarna putih tetapi jika mahu menggunakan warna lain perlulah dengan persetujuan kedua-dua belah pihak. Berat bola adalah antara 156 g (minimum) – 163 g (maksimum). Ukur lilit pula adalah antara 224 mm (minimum) – 235 mm (maksimum)
Pakaian
Semua pemain diwajib memakai ‘shinguard’ sepanjang perlawanan. Semua pemain diwajibkan memasukkan jersi ke dalam skirt (wanita) / seluar (lelaki) sepanjang perlawanan. Jika pemain memakai tambahan ia hendaklah dari warna yang sama. Setiap pasukan dikehendaki membawa dua set jersi yang berlainan warna dan setiap jersi hendaklah bernombor dari nombor 1 hingga 16. Jersi Penjaga Gol hendaklah bernombor di belakang dan di hadapan. Sekiranya terdapat kedua-dua pasukan memakai jersi yang sama, maka satu daripada pasukan hendaklah menukar jersinya dengan cara pengundian. Pengurus-pengurus pasukan diminta menentukan jersi lawannya terlebih awal bagi mengelakkan jersi yang sama warna.
jersi yang berlainan warna
shin guard
Alatan penjaga gol
Penjaga gol mesti dilindungi dengan baik dan mesti memakai perlindungan badan yang sesuai. Penjaga perlu memakai ped di kaki dari pergelangan kaki sehingga paras lutut. Ped mestilah ringan untuk membantu pergerakan penjaga gol. Sarung tangan penjaga gol diperbuat daripada kulit dan plastik. Ia berfungsi untuk melindungi tangan dan memberi keyakinan kepada penjaga gol untuk menahan bola. Selain itu, alatan lain yang perlu adalah pelindung dada, pelindung bahu, penutup muka, pelindung mulut, seluar berpad, pelindung mulut dan kemola untuk penjaga gol lelaki. Pelindung badan dan bahu untuk melindungi tubuh badan dan dipakai di bawah jersi penjaga gol. Pelindung mulut pula bertujuan untuk melindungi mulut dan gusi daripada cedera. Pelindung muka adalah wajib bagi penjaga gol kecuali semasa penalti dan ia bertujuan melindungi muka, kepala dan kerongkong.
Kasut
Sukan hoki membenarkan pemainnya memakai apapun jenis kasut yang sesuai. Namun, kasut-kasut yang membahayakan pemain lain seperti kasut yang mempunyai pancang (spikes) tetungku atau paku-paku tidak dibenarkan sama sekali. Kasut yang mempunyai tetungku getah amatlah digalakkan. Kasut khas turut digunakan ketika pemain bermain di atas permukaan sintetik bagi memudahkan pergerakan pem