PERISTIWA SEPANJANG TAHUN 2026
PERISTIWA SEPANJANG TAHUN 2026
🌺 AYUH! SERTAI KARNIVAL KITA MADANI 2026! 🌺
Dengan sukacitanya, SMK Tun Aminah, Batu Pahat menjemput seluruh warga sekolah, ibu bapa, komuniti setempat serta masyarakat sekitar untuk hadir memeriahkan Karnival Kita Madani 2026.
Tarikh: 27 Ogos 2026 (Khamis)
Masa: 8.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat: SMK Tun Aminah, Batu Pahat
🌺PEMBERIAN INSENTIF🌺
Pemberian insentif kepada 3 orang pelajar SMK Tun Aminah yang mewakili negara ke Malaysia International Women's Baseball Championship 2026 dari pihak Johor Baseball Association (JBA)
Tarikh : 8/8/2026 - 17/8/2026
Senarai nama pelajar yang terlibat mewakili negara :
1. Nur Iwana Nadhirah (3Z)
2. Nur Fatihah Batrisyia (2Z)
3. Nur Sofea Adriana (2B)
Syabas dan tahniah atas pencapaian membanggakan ini! Semoga terus bersemangat, berdisiplin dan mengharumkan nama SMK Tun Aminah serta Malaysia di persada antarabangsa.
Selamat berjuang dan semoga memperoleh kejayaan!
STA Boleh! Malaysia Boleh!
🌺MAJLIS PELUNCURAN BULAN KEBANGSAAN🌺
Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan telah diadakan pada hari Rabu, 5 Ogos 2026 bertempat di Dewan Srikandi, SMK Tun Aminah, dari 7.30 hingga 8.30 pagi.
Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran Tuan Pengetua, Puan Zaleha binti Haron, bersama-sama barisan pentadbir, guru-guru dan para pelajar SMK Tun Aminah.
Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan ini diadakan bagi menyemarakkan semangat patriotisme, cinta akan negara dan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia dalam kalangan warga sekolah.
Pelbagai aktiviti dan pengisian berkaitan Bulan Kebangsaan akan dilaksanakan bagi menghayati erti kemerdekaan serta menghargai jasa dan pengorbanan tokoh-tokoh terdahulu dalam memperjuangkan kedaulatan negara.
🌺 LATIHAN KEBAKARAN 2026 🌺
Tarikh: 4 Ogos 2026 (Selasa)
Masa: 9.00 pagi – 10.30 pagi
Tempat: SMK Tun Aminah, Batu Pahat
🌺PERHIMPUNAN MINGGUAN🌺
Tarikh : 3 Ogos 2026 (Isnin)
Masa : 7.30 – 8.15 pagi
Tempat : Dewan Sri Kandi, SMK Tun Aminah (SMKTA)
Perhimpunan Mingguan telah berlangsung dengan lancar di Dewan Sri Kandi, SMK Tun Aminah. Warga sekolah turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Datang kepada Tuan Pengetua, Puan Zaleha binti Haron, yang memulakan tugas di SMK Tun Aminah. Semoga kepimpinan beliau terus membawa kecemerlangan, kemajuan dan kejayaan kepada seluruh warga sekolah.
Dalam majlis yang sama, pihak sekolah turut menyampaikan penghargaan dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para murid yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah dalam pelbagai pertandingan di peringkat daerah dan negeri. Semoga kejayaan yang diraih menjadi inspirasi kepada seluruh warga SMK Tun Aminah untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah.
Tahniah kepada semua pemenang dan
selamat maju jaya!
🌺 SELAMAT DATANG DAN SELAMAT BERTUGAS 🌺
PN ZALEHA BINTI HARON, PENGETUA SMK TUN AMINAH
SELURUH WARGA SMK TUN AMINAH MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA PN ZALEHA BINTI HARON
🌺Majlis Ketik Akhir Pengetua🌺
Puan Haliza Binti Ismail
Tarikh : 31 Julai 2026
Hari : Jumaat
Masa : 12.15 Tengahari
Tempat : Pejabat, SMK Tun Aminah
🌺MAJLIS LAMBAIAN KASIH SANJUNGAN BUDI🌺
Tarikh : 31 Julai 2026
Hari : Jumaat
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Dewan Srikandi, SMK Tun Aminah
Majlis Lambaian Kasih, Sanjungan Budi diadakan sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala jasa, bakti serta komitmen yang telah dicurahkan kepada warga SMK Tun Aminah, Batu Pahat.
Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada:
🌸 Pn. Haliza binti Ismail , mantan Pengetua SMK Tun Aminah
atas pertukaran sebagai Pengetua SMK Convent Muar.
🌸 Pn. Aminah binti Maswan, mantan GKMP Bahasa SMK Tun Aminah
atas kenaikan pangkat sebagai Penolong Kanan Kokurikulum di Temenggong Ibrahim Girls' School.
🌸 Pn. Rohaizan Binti Hosni di atas kenaikan pangkat sebagai GKMP Bahasa di SMK Senggarang.
Semoga terus cemerlang dan dikurniakan kejayaan, kebahagiaan serta keberkatan dalam menggalas amanah di tempat baharu. Jasa dan pengorbanan kalian akan sentiasa terpahat dalam ingatan warga SMK Tun Aminah
🌺Kejohanan Olahraga MSSD Batu Pahat Kali Ke-58 /2026🌺
TAHNIAH & SYABAS!
Tarikh: 2 Julai 2026 – 10 Julai 2026
Tempat: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Pencapaian Cemerlang Atlet
Jocelyn Hen Si Jia
3 Pingat Perak
Larian 3000 meter
Larian 1500 meter
Larian 800 meter
Nur Ilmiatun Insyirah binti Muis
1 Pingat Gangsa
Lompat Pagar 100 meter
Auni Qaisarah binti Mohd. Huzay
1 Pingat Gangsa
Lompat Kijang
SMK Tun Aminah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua atlet atas kejayaan yang membanggakan. Semoga terus berusaha, berdisiplin dan mengharumkan nama sekolah pada kejohanan akan datang
JOM BERI SOKONGAN KEPADA WAKIL SMK TUN AMINAH, BATU PAHAT!
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
SMK Tun Aminah, Batu Pahat telah menghantar 2 penyertaan projek bagi #SDGsSchoolChallenge.
Mohon jasa baik semua untuk LIKE, COMMENT dan SHARE kedua-dua video projek kami sebagai tanda sokongan kepada warga SMK Tun Aminah.
Pautan Projek 1 (MILUXESTA):
https://vt.tiktok.com/ZSCG9y79a/�
Pautan Projek 2 (Baja Kompos EcoSoil STA):
https://vt.tiktok.com/ZSCYr335X/�
Setiap LIKE, KOMEN dan SHARE anda amat bermakna. Sokongan daripada anda dapat membantu meningkatkan capaian video dan memberi peluang kepada pasukan kami untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya.
Terima kasih atas segala sokongan, doa dan kerjasama yang diberikan. Semoga usaha ini dipermudahkan dan membuahkan kejayaan serta mengharumkan nama SMK Tun Aminah, Batu Pahat.
#SMKTunAminah #BatuPahat #Johor #SokongWakilSekolah #SDGsSchoolChallenge #LikeCommentShare
🌺Karnival kesenian dan sukan asrama harian peringkat Daerah Batu Pahat anjuran PPD Batu Pahat🌺
Tarikh : 24 jun 2026
Tempat : IPG Batu Pahat
Kejayaan:
1.Badminton Johan dan Naib johan
2.Tarian
Johan
3.Nyanyian
Tempat ke-3
Johan Badminton dan Tarian akan mewakili Daerah Batu Pahat ke Peringkat Negeri pada bulan Julai .
Tahniah tahniah tahniah
🌺Kejohanan Bola Keranjang MSSM 2026🌺
Syabas kepada Lee Jia Yi (4 Arif) kerana mewakili kontinjen Johor dan meraih Tempat Ke-4 (Kategori P18)dalam Kejohanan Bola Keranjang MSSM 2026 di SMK Chung Ling, Pulau Pinang!
Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih juga buat guru pembimbing atas usaha, bimbingan, dan sokongan tanpa jemu sehingga mencapai kejayaan ini.
Semoga kejayaan ini terus membakar semangat warga STA untuk terus cemerlang!
🌺Karnival Bahasa Cina Daerah Batu Pahat🌺
TAHNIAH DAN SYABAS!
Pada 14 Mei 2026 (Khamis), bertempat di SMK Tinggi, Batu Pahat, telah berlangsung Karnival Bahasa Cina Daerah Batu Pahat. Warga sekolah amat berbangga atas pencapaian cemerlang para murid yang telah mengharumkan nama sekolah melalui bakat, kreativiti dan semangat daya saing yang tinggi.
Pertandingan Deklamasi Sajak Bahasa Cina (Menengah Rendah)
Penerima Hadiah Cemerlang
Tan Yue Zhen (3 Arif)
Eileen Tan Zi Ling (2 Bijak)
Chloe Teo Keh Xin (2 Dedikasi)
Jocelyn Hen Si Jia (1 Arif)
Pertandingan Deklamasi Sajak Bahasa Cina (Menengah Atas)
Tempat Keempat
Lim Joey (5 Bijak)
Pertandingan Penulisan Kreatif Bahasa Cina
Cerpen Menengah Rendah – Hadiah Cemerlang
Stella Siah Wen Chee (1 Bijak)
Sajak Menengah Atas – Hadiah Cemerlang
Low Bei Wen (5 Bijak)
Teng Hui Yin (5 Bijak)
Sajak Menengah Rendah – Naib Johan
Tan Yue Zhen (3 Arif)
Sajak Menengah Atas – Johan
Chloe Teo Thong (4 Arif)
Kejayaan ini membuktikan bahawa usaha yang gigih, disiplin yang tinggi serta bimbingan berterusan daripada guru-guru mampu melahirkan murid yang cemerlang dan berdaya saing. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan
🌺Kejohanan Sofbol MSSM 2026🌺
Tahniah diucapkan kepada Nur Fatihah Batrisyia (2 Zinnirah) atas kejayaan merangkul gelaran Johan Kategori P18 bersama Pasukan Johor di Kejohanan Sofbol MSSM 2026 yang telah diadakan pada 07 hingga 11 Jun 2026 di Negeri Kelantan.
Syabas dan setinggi-tingginya penghargaan buat Guru Pembimbing Sofbol STA atas bimbingan dan dedikasi yang membuahkan hasil luar biasa ini.
Seluruh warga STA amat berbangga dengan anda semua!
🌺Bola Keranjang P18 Batu Pahat MSSJ🌺
Pasukan Bola Keranjang P18 Batu Pahat telah berjaya merangkul Naib Johan dalam Kejohanan MSSJ Bola keranjang bertempat di SM Foon Yew, JB pada 12-14 Mei 2026.
Selain itu, Daerah Batu Pahat juga telah dipilih sebagai Johan Keseluruhan.
Pelajar SMK Tun Aminah iaitu saudari Lee Jia Yi (4Arif) telah menyumbang dalam kejayaan pasukan tersebut.
Sekalung tahniah kepada Lee Jia Yi yang telah mewakili daerah ke MSSJ serta guru pengiring Cikgu Lim Chin Chin.
Tahniah Tahniah Tahniah..
🌺Bantuan Khas Bilik Guru Tahun 2026🌺
Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Johor atas pemberian Inisiatif Bantuan Khas Bilik Guru Tahun 2026 kepada SMKTA dengan peruntukan sebanyak RM5,000 secara one-off.
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen Kerajaan Negeri Johor dalam menghargai jasa dan pengorbanan para pendidik, di samping meningkatkan kualiti persekitaran kerja guru di sekolah.
Tarikh : 28 April 2026
Hari : Selasa
Tempat : Dewan Orang Ramai Parit Raja
🌺Kejohanan Bola Jaring MSSD Batu Pahat Tahun 2026🌺
Tahniah diucapkan kepada semua pemain bola jaring kategori P15 dan P18 atas kejayaan yang telah diraih dalam Kejohanan Bola Jaring MSSD Batu Pahat Tahun 2026.
Keputusan pertandingan :
• P15 – Johan
• P18 – Tempat Keempat
Sekalung tahniah juga diucapkan kepada dua pemain bola jaring P15 yang telah menerima anugerah khas:
• Penghadang Terbaik – Nurul Alyaa Fateha
• Penyerang Terbaik – Qaireen Irdina
Semoga kejayaan yang diperoleh ini akan terus menjadi pemangkin semangat untuk mencapai kecemerlangan yang lebih gemilang pada tahun hadapan.
🌺Majlis Penghargaan Pelajar Cemerlang SPM 2025🌺
Majlis Penghargaan Pelajar Cemerlang SPM 2025 bagi Pelajar daripada Kelompok B40 Negeri Johor telah diadakan pada hari Rabu, 29 April 2026 bertempat di Istana Negara dan dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Lim Zi Lyn, pelajar SMKTA SPM 2025 terpilih sebagai salah seorang penerima anugerah bagi Negeri Johor.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus mencapai kecemerlangan pada masa hadapan.
🌺KEJOHANAN CATUR MSSD BATU PAHAT 2026🌺
Pasukan Catur STA telah memperolehi kejayaan seperti berikut :
Kategori P18
Sofia Batrisyia 5A - tmpt ke 2
Teo Yi Ting 5A - tmpt ke 9
Hari: Isnin dan Selasa
Tarikh: 20 dan 21 April 2026
Tempat: SMK Datuk Menteri
Tahniah diucapkan kepada para peserta dan guru-guru kelab catur SMK Tun Aminah.
Tahniah...
🌺Mahrajan al-Quran,Nasyid dan Khat (MQNKSS) Daerah Batu Pahat tahun 2026🌺
Tahniah diucapkan kepada pasukan sekolah yang telah memenangi beberapa pertandingan.
Tahniah kepada murid-murid yang telah mewakili sekolah serta guru-guru penasihat dan pembimbing.
Mahrajan al-Quran,Nasyid dan Khat (MQNKSS) Daerah Batu Pahat tahun 2026
SMK Tun Aminah telah memperolehi kejayaan seperti berikut :
1. Johan Nasyid Kategori Perempuan
2. Tempat ke 3 Khat Kategori Perempuan
🌺KEJOHANAN SKUASY
LELAKI & PEREMPUAN BAWAH 12,15 & 18 MSSD BATU PAHAT 2026 🌺
Tahniah kepada pasukan Skuasy SMK Tun Aminah telah memenangi beberapa kategori.
Tahniah kepada pemain-pemain skuasy, dan guru-guru skuasy.
Tahniah Tahniah Tahniah
KEJOHANAN SKUASY
LELAKI & PEREMPUAN BAWAH 12,15 & 18 MSSD BATU PAHAT 2026
PASUKAN SKUASY SMK TUN AMINAH
Johan Keseluruhan P18
Kategori P18
Ilmiatun 5B - tempat ke3
Wafi Muhaini 5D - tempat ke4
Rabiatul 5D - tempat ke5
Sofea 4C - tempat ke6
Kategori Bawah P15
Ayyaasy 1C - tempat ke3
Hari: Selasa-Khamis
Tarikh: 14 - 16 April 2026
Tempat: Banang Golf Resort
🌺PASUKAN SOFBOL MSSD BATU PAHAT KEJOHANAN LELAKI 18 & PEREMPUAN 18 PERINGKAT MSSD BATU PAHAT 2026 🌺
Tahniah diucapkan kepada Pasukan Softball SMK Tun Aminah, melakar kejayaan dalam Kejohanan Perempuan 18 Peringkat MSSD Batu Pahat 2016. Tahniah juga kepada Coach, Pengurus Pasukan, Guru2 Softball, dan pemain-pemain softball.
Tahniah Tahniah Tahniah...
KEJAYAAN PASUKAN SOFBOL MSSD BATU PAHAT DI DALAM KEJOHANAN LELAKI 18 & PEREMPUAN 18 PERINGKAT MSSD BATU PAHAT 2026
Hari: Isnin-Rabu
Tarikh:13-15/4/2026
Tempat:SEHEBAT
JOHAN P18 MSSD BATU PAHAT
🌺 SPM 2025 🌺
🌺Program Kunjung Bantu Unit Pengurusan Asrama 🌺
Pada 9 April 2026, satu program Kunjung Bantu telah dilaksanakan oleh dua orang pegawai daripada Unit Pengurusan Asrama, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) di Asrama SMK Tun Aminah.
Program ini merupakan salah satu inisiatif jabatan bagi memberikan bimbingan kepada lima buah asrama sekolah harian yang dipilih sebagai sekolah rintis dalam Program Transformasi Asrama Madani Fasa 1 Tahun 2025.
Dalam program ini, Asrama Puteri SMK Tun Aminah (ASPUTA) merupakan salah sebuah daripada lima asrama yang terpilih sebagai asrama rintis bagi pelaksanaan program tersebut.
🌺Majlis Perpisahan dan Ketik Akhir Cikgu Nurul Farahin Bte Mohamad Zalezan🌺
Tarikh : 3 April 2026
Hari : Jumaat
Masa : 12.15 Tengahari
Tempat : Pejabat, SMK Tun Aminah
Pergi ke taman memetik melati,
Melati putih harum baunya,
Walau berpisah jauh nanti,
Kenangan bersama tetap di jiwa.
Burung merpati terbang tinggi,
Hinggap sebentar di pohon jati,
Walau rakan pergi membawa diri,
Persahabatan ini tetap dihati.
Pergi ke pekan membeli buku,
Singgah sebentar membeli pena,
Walau berpisah tempat dan waktu,
Jasa dan kenangan tetap bermakna.
Semoga ukhwah yang terjalin tidak akan terputus. Semoga terus berjaya ditempat baru.
🌺Majlis Ketik Akhir Persaraan Cikgu Sharifah Norlila🌺
13 Mac 2026
Hari terakhir seorang guru, namun jasa dan ilmunya akan terus hidup dalam ingatan.
Terima kasih Cikgu Sharifah Norlila atas setiap ilmu yang diberi, setiap nasihat yang membina, dan setiap pengorbanan yang dilakukan demi anak-anak didik.
Selamat bersara, semoga sentiasa bahagia dan diberkati.
🌺Majlis Ketik Akhir Perpisahan Cikgu Cik Nor Hamizah🌺
13 Mac 2026
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, dan setiap kenangan akan kekal terpahat dalam ingatan.
Semoga perjalanan Cikgu Nor Hamizah di tempat baharu dipermudahkan, terus cemerlang mendidik anak bangsa dan sentiasa diberkati dalam setiap langkah.
Terima kasih atas segala jasa dan dedikasi yang dicurahkan.
🌺Majlis Penyerahan Inisiatif Bantuan Tunai One-OFF Bantuan Kasih Johor🌺
Majlis Penyerahan Inisiatif Bantuan Tunai One-OFF
Bantuan Kasih Johor kepada anak-anak yatim, Pengawal Sekolah dan Pekerja Kebersihan Dun Parit Raja .
Tempat : Dewan Parit Raja
Tarikh : 11.3.2026
🌺IFTAR RAMADAN SMKTA 2026 🌺
Majlis ini bukan sahaja menjadi ruang untuk merapatkan ukhuwah sesama warga sekolah, malah turut diadakan bagi meraikan Pn. Sharifah Norlila yang akan bersara pada bulan ini sebagai tanda penghargaan atas segala jasa dan sumbangan beliau sepanjang berkhidmat di SMKTA.
Tarikh : 6 Mac 2026
Tempat : Qastina Palace
🌺Majlis Watikah Pelantikan dan Peluncuran Program Pembangunan Sahsiah serta Peningkatan Disiplin Murid 2026 🌺
Tahniah kepada Barisan Pemimpin Murid SMK Tun Aminah 2026.
SLB - Student Leader Board
Pengawas
Pengawas Pusat Sumber
Pebimbing Rakan Sebaya (PRS)
Pengawas BADAR
Exco Asrama
Skuad Denggi
Ketua-Ketua Tingkatan
Majlis Watikah Pelantikan dan Peluncuran Program Pembangunan Sahsiah serta Peningkatan Disiplin Murid 2026 dirasmikan oleh ASP Muzayanah binti Mansor, Ketua Bahagian Jenayah Keselamatan Komuniti Daerah Batu Pahat merangkap Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS)
Tarikh : 4 Mac 2026
Tempat : Di Dewan Srikandi
Kepimpinan yang cemerlang lahir daripada sikap bertanggungjawab, kesungguhan dan komitmen yang tinggi. Semoga para pemimpin murid dapat menjalankan amanah ini dengan penuh dedikasi demi kecemerlangan sekolah.
🌺PROGRAM PEMBUGARAN NILAM & KEMPEN GALAKAN MEMBACA 2026🌺
Tarikh : 25 Februari 2026
Masa : 7.30 - 8.30 pagi.
Dirasmikan oleh Pengetua SMKTA, Pn Haliza binti Ismail
Ayuh warga sekolah! Jadikan membaca sebagai amalan harian.
“Membaca Jambatan Ilmu”
#NILAM2026 #GalakanMembaca #BudayaMembaca #SekolahBerilmu
🌺Kejohanan Memanah Mini MSSD Batu Pahat 2026🌺
Tarikh: 14/2/26 (Sabtu)
Tempat: SMK Dato Sulaiman
Pencapaian P15
Raisha Mumtazah tempat ke-6
Hanani Qasrina tempat ke-12
Hannani Balqis tempat ke-14
Zuraina tempat ke-1
🌺PROGRAM GOTONG ROYONG CERIA BERMAKLUMAT 🌺
Semangat kerjasama dan perkongsian ilmu menjadikan sekolah lebih bersih, ceria, dan bermaklumat untuk semua!
Tarikh : 13 Februari 2026 / Jumaat
https://online.flippingbook.com/view/619354533/
Terima Kasih warga SMKTA.
🌺Selesai satu lagi program sekolah iaitu Sukantara 2026🌺
Semua murid menunjukkan semangat kesukanan, kerjasama, dan daya juang sepanjang program. Tahniah semua!
Tarikh : 12 Februari 2026
🌺LDP 2026
BENGKEL LITERASI KEWANGAN,MENJAMIN MASA HADAPAN🌺
Tarikh: 11/2/2026 (Rabu)
Tempat: Bilik Wadah Diskusi
Sasaran: Semua Guru dan AKP.
🌺Kursus Kepimpinan Murid 2026🌺
Melibatkan semua badan kepimpinan murid.
Semoga barisan pemimpin murid terus menjadi contoh terbaik kepada warga sekolah.
Tarikh : 11 Februari 2026
Masa : 7.30pg - 4.30 ptg
🌺Kem Kepimpinan Remaja Dambaan Syurga Anjuran PPDBP & Pejabat Kadi BP 🌺
Tempat: Masjid Tunku Laksama Yong Peng
Tarikh: 9 dan10 Februari 2026
Penglibatan: 10 orang Pengawas BADAR Ting. 3 dan 4.
🌺Jemputan ke Senam Cergas di Galeri Dato Onn🌺
Tarikh : 8 Februari 2026
Masa : 7.30 pagi
Tahniah STA!!
16 pelajar asrama dan 2 pelajar luar terlibat
5 dari 18 murid berjaya memenangi cabutan bertuah
🌺Program Merentas Desa 🌺 telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana yang penuh ceria dan semangat kesukanan yang tinggi.
Tahniah kepada semua murid yang telah menunjukkan ketahanan fizikal, disiplin dan semangat juang yang tinggi sepanjang laluan yang telah ditetapkan.
Tahniah Rumah Mawar berjaya menjadi Pemenang Keseluruhan Merentas Desa 2026.
6 Februari / Jumaat / 8.00pg
https://anyflip.com/uzbmp/eeqs/
🌺Majlis Penetapan Target & Pelancaran Program Puteri Gemilang SMKTABP🌺
22 Januari 2026
Dewan Srikandi Tun Aminah
🌺AGIHAN Bantuan Awal Persekolah (BAP) Tahun 2026 DAN BANTUAN MAIJ 2026 🌺
22 Januari 2026
11.00am - 1.00pm
Dewan & kelas masing-masing
🌺PERHIMPUNAN KOKURIKULUM PERTAMA TAHUN 2026 🌺
Tarikh : 19 Januari 2026
Hari : Isnin
Tempat : Dewan Srikandi
🌺PROGRAM BRISK WALK TAHUN 2026 🌺
Tarikh : 15 Januari 2026
Hari : Khamis
Tempat : Dewan Srikandi
🌺Taklimat Kokurikulum Pertama Tahun 2026🌺
Tarikh : 14 Januari 2026
Hari : Rabu
Tempat : Dewan Srikandi
Minggu Pertama Persekolahan
Masa untuk murid menyesuaikan diri, kenal guru & rakan baharu serta belajar dalam suasana ceria dan menyeronokkan.
Semoga permulaan ini membawa semangat positif sepanjang tahun
Minggu 1 - 12 - 16 Januari 2026
🌺Perhimpunan Pertama Tahun 2026🌺
Tarikh : 12 Januari 2026
Hari : Isnin
Tempat : Dewan Srikandi
🌺Pendaftaran tingkatan 1 2026 dan Asrama🌺
Tarikh : 11 Januari 2026
Hari : Ahad
Tempat : Dewan Srikandi Dan Asrama
🌺Pendaftaran, Pembelian buku di koperasi Dan Gotong-royong Kelas ting 2,3,4,&,5 2026🌺
Tarikh : 8 Januari 2026
Hari : Khamis
Tempat : Kelas Dan Koperasi
🌺Taklimat Pendaftaran ting 2,3,4,&,5 2026🌺
Tarikh : 8 Januari 2026
Hari : Khamis
Tempat : Dewan Srikandi
🌺Mesyuarat Guru Bil 1 2026🌺
Tarikh : 7 Januari 2026
Hari : Selasa
Tempat : Dewan Theatre A, KKTM, Sri Gading, Batu Pahat
PENAFIAN :
SMK Tun Aminah, Batu Pahat tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan atau kerugian akibat daripada penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari site ini.