Logo Kelab Komputer ini telah dicipta pada 5 Mei 2021 oleh Cikgu Jacqueline Bulan Ak Liew, selaku Guru Penasihat Kelab Komputer SK Mejar Jeneral Dato Ibrahim. Logo Kelab Komputer ini akan digunakan secara rasmi mulai tahun 2021. Logo Kelab Komputer ini digambarkan dengan ikon utama iaitu komputer. Ikon manusia yang berdiri menghadap ikon komputer itu pula mengambarkan ahli-ahli Kelab Komputer yang sentiasa ingin menerokai dan mempelajari ilmu baharu dalam dunia Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang semakin meluas diserata dunia. Manakala gambar yang terpapar pada skrin komputer yang menunjukkan perkataan ICT dan ikon perisian seperti Internet Explorer, ikon Microsoft Word dan sebagainya itu, mengambarkan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan oleh ahli-ahli Kelab Komputer SK Mejar Jeneral Dato Ibrahim sepanjang tahun. Setiap aktiviti Kelab Komputer SK Mejar Jeneral Dato Ibrahim sudah disenaraikan di dalam Takwim Tahunan Kelab Komputer sebagai rujukan. Selain daripada itu, terdapat perkataan KELAB KOMPUTER ditepi kiri dan kanan logo melambangkan ini adalah logo rasmi KELAB KOMPUTER yang diikuti oleh nama dan kod sekolah, SK MEJAR JENERAL DATO IBRAHIM (YBA1353). Motto Kelab Komputer SKMJDI ialah, "Perintis Ke Arah Transformasi Digital".
"Perintis Ke Arah Transformasi Digital"
Visi Kelab Komputer
Meningkatkan kebolehan dan kemahiran asas komputer dan penggunaan DELIMa.
Misi Kelab Komputer
Memupuk semangat bekerjasama dan semangat ingin menguasai kemahiran dalam bidang komputer dan penggunaan DELIMa serta membolehkan ahli mengisi masa terluang dengan melakukan aktiviti berfaedah selain daripada semasa di sekolah.
Objektif kelab ini ditubuhkan ialah:
Mendedahkan ahli kepada aktiviti-aktiviti asas penggunaan komputer dan meningkatkan kemahiran ahli dalam penggunaan komputer dan penggunaan DELIMa.
Menanam sifat bersaing dan berfikir dengan lebih kritis.
Memberi peluang ahli untuk berfikir,bertindak dan berkongsi idea semasa melakukan aktiviti-aktiviti Kelab Komputer.
Menanam semangat kesukanan agar ahli–ahli seronok melakukan aktiviti-aktiviti Kelab Komputer ini seterusnya dapat mengisi masa yang terluang.
1. Menepati masa semasa perjumpaan, dan mesyuarat.
2. Memakai pakaian yang sesuai iaitu berseluar panjang dan memakai kemeja T yang berlogo sekolah.
3. Menurut arahan guru pembimbing semasa perjumpaan.
4. Terlibat secara aktif dalam apa juga aktiviti yang dijalankan.
5. Tidak menimbulkan sebarang masalah kepada ahli dan guru pembimbing semasa perjumpaan .
6. Memberi tunjuk sebab secara bertulis apabila tidak hadir semasa perjumpaan dan mesyuarat.
7. Menghormati, berkerjasama dan bertimbang rasa terhadap setiap ahli kelab.
8. Tidak bersikap mementingkan diri sendiri.
Senarai Ahli Kelab Komputer 2021
Copyright © 2021 jbliew. All rights reserved.