Kembali ke
Program ini berlangsung seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 17 Mei 2023 (Rabu)
Masa : 9:00 - 10:30 pagi - Sambutan Hari Guru
11:00 - 1:30 petang - Jamuan Hari Raya
Tempat : Persekitaran Sekolah (Dewan TSNO adalah venue utama)
Penganjur bersama : Unit HEM (Unit Dakwah dan Unit Kebajikan Murid), BKGK, PIBG, UBK, Pengawas Sekolah, SMK Sg Burong
Peserta : Semua guru, kakitangan dan pelajar SMK Sg Burong
Mengambil kira arahan semasa oleh KPM berkaitan dengan cuaca panas, pihak sekolah terpaksa menganjurkan program yang berskala besar ini secara berkumpulan di beberapa lokasi. Walaubagaimanapun, lokasi utama di mana tetamu jemputan, guru-guru dan kakitangan berkumpul dalam majlis Sambutan Hari Guru dan Jamuan Hari Raya ialah di Dewan Tan Sri Noh Omar (TSNO).
Bagi Sambutan Hari Guru, semua guru akan berada di Dewan TSNO termasuk pelajar tingkatan 4 & 5. Walaubagaimanapun, audio bagi setiap acara dikumandangkan ke seluruh kawasan sekolah melalui sistem pembesar suara di pejabat menggunakan aplikasi penstriman Stremyard yang dikendlikan oleh En Hasnulfikri kerana semua pelajar tingkatan 1-3 berada di kelas masing-masing. Mereka diawasi oleh beberapa orang guru disiplin dan Pengawas Sekolah. Guru dan kakitangan diarak masuk oleh Pengawas Sekolah untuk naik ke pentas. Seterusnya, majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah, Usaha Ke Arah Berilmu. Seterusnya, bacaan perutusan KPPM dibuat oleh Tn Hj Ahmad Azhari bin Sarmun manakala bacaan perutusan Menteri Pendidikan dibuat oleh Tn Haji Kassim bin Basri,. Seterusnya, nyanyian lagu Kami Guru Malaysia dikumandangkan oleh guru-guru dan diikuti oleh bacaan ikrar yang dipimpin oleh En Mohd Farok Hadumi bin Mario.
Setelah selesai acara di pentas, semua guru turun dari pentas dan mengambil tempat untuk menyaksikan persembahan nyanyian oleh sekumpulan pelajar yang menyampaikan lagu Hal Hebat secara akapela. Persembahan diteruskan dengan persembahan filem pendek yang dihasilkan oleh Team Media Subur (TMS) yang diketuai oleh Faris Izzaim (5A) dan Najwa Qistina (5A).Â
Setelah selesai Sambutan Hari Guru, pelajar dibenarkan rehat seketika untuk memberi laluan persiapan Jamuan Hari Raya dibuat. Semua pelajar bergerak ke lokasi masing-masing seperti yang telah ditetapkan.
Jamuan Hari Raya dimulakan pada pukul 11:00 pagi. Seperti majlis hari guru, lokasi utama bagi tetamu jemputan dan pentadbir sekolah dimulakan di Dewan TSNO. Majlis dimulakan dengan Ucapan Alu-aluan oleh pengacara majlis (En Nur Amirul Syafiq). Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan oleh En Zainal Abidin bin Md Zain, YDP PIBG, dan diikuti oleh ucapan Pn Nen Fadzilah binti Hashim, Pengetua SMK Sg Burong. Setelah selesai, majlis jamuan makan dimulakan dengan menjemput tetamu jemputan menikmati juadah yang telah disediakan. Para pentadbir bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain untuk meraikan semua pelajar.
Majlis selesai tepat jam 1:15 petang. Kemudian pelajar mengemas lokasi jamuan masing-masing dan dibenarkan pulang ke rumah jam 1:30 petang seperti biasa.
Pelangi Kembali
Behind the scenes (BTS)
Kredit - Pelangi Kembali
Syarat pertandingan:
Terbuka kepada semua guru dan kakitangan SMKSB.
Pertandingan dibuat secara dalam talian (online) dan secara langsung (live) melalui platform QUIZIZZ pada 19 Mei 2023 (Jumaat) semasa Jamuan Hari Guru.
Peserta akan diberi pautan untuk menyertai kuiz tersebut pada waktu yang akan ditetapkan.
Peserta dikehendaki menggunakan nama (nickname) dengan nama sebenar yang mudah dikenali..
Pemenang dikira berdasarkan skor tertinggi (nama teratas pada Leaderboard).
Keputusan hakim adalah muktamad.
Hadiah akan disampaikan semasa Jamuan Hari Guru pada 19 Mei 2023 (Jumaat).
Keputusan Pertandingan Kuiz Online Hari GuruÂ
Syarat pertandingan:
Terbuka kepada semua guru dan kakitangan SMKSB.
Peserta diminta untuk mengambil gambar yang paling kreatif secara swafoto berkumpulan (wefie) bersama pelajar.
Tulis kapsyen paling kreatif untuk gambar tersebut.
Foto hendaklah dimuat naik melalui Google Forms dibawah.
Tarikh akhir penghantaran : 17 Mei 2023 (Rabu) jam 11:59 malam Dilanjutkan sehingga 18 Mei 2023 (jam 12:00 tengah hari)
Keputusan hakim adalah muktamad.
Keputusan pertandingan dan hadiah akan disampaikan semasa Jamuan Hari Guru pada 19 Mei 2023 (Jumaat).
Surat makluman berkenaan Jamuan Hari Raya