PUSAT KEGIATAN GURU
- SEJARAH, VISI, MISI, OBJEKTIF, FUNGSI, KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN -
PUSAT KEGIATAN GURU
- SEJARAH, VISI, MISI, OBJEKTIF, FUNGSI, KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN -
Pusat Kegiatan Guru (PKG) di Malaysia bermula pada 1978 dengan penubuhan Pusat Sumber Tempatan (PST) di 302 sekolah. Pada 1981, PST ditukar kepada Pusat Media Daerah (PMD), dan pada 1986, nama PMD diubah kepada Pusat Sumber Pendidikan Daerah (PSPD), yang berfungsi untuk mengatasi jurang pencapaian pendidikan luar dan dalam bandar. Pada 1990, PSPD ditukar kepada PKG, dengan 200 bangunan dibina menggunakan peruntukan Bank Dunia. PKG menerima Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam pada 1995. Mulai 1 Januari 1996, PKG diletakkan di bawah pengurusan PSPN yang berada di bawah Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP). Penstrukturan semula PKG pada 2019 menyaksikan PKG, BTPN, dan PTPB diletakkan di bawah Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah.
VISI: Menerajui transformasi generasi bestari melalui teknologi pendidikan.
MISI: Pembangunan kapasiti dan peningkatan kualiti pengurusan instruksional pembudayaan inovasi teknologi pendidikan
Meningkatkan kompetensi guru mengintegrasi teknologi pendidikan dan inisiatif ICT dalam PdP abad ke-21.
Meningkatkan kompetensi GICT dalam mengurus inisiatif ICT secara berkesan.
Meningkatkan kompetensi GPM dalam mengurus Pusat Sumber Sekolah ( PSS ) secara berkesan.
Membantu dalam penghasilan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi pendidikan.
Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru bagi menyokong program bacaan serta literasi maklumat literasi bacaan di kalangan murid
PELAKSANAAN DASAR
Melaksana, memantau, menilai dan mengurus keperluan dasar teknologi pendidikan.
KHIDMAT BANTU
Melaksana khidmat bantu ke sekolah.
VERIFIKASI PERALATAN DAN RANGKAIAN FUNGSI
Menyelaras, mengurus, verifikasi dan memantau pengurusan peralatan ICT dan rangkaian di sekolah.
PEMBANGUNAN KAPASITI PROFESIONALISME
Menyelaras, melaksana kepakaran dan nasihat bagi mempertingkatkan Inovasi Dan Kreativiti Teknologi Pendidikan di sekolah.
5. PERKHIDMATAN SUMBER PENDIDIKAN
Menyelaras, memantau program literasi maklumat dan teknologi pendidikan serta pembangunan Pusat Sumber Sekolah.
BILIK BENGKEL
BILIK STUDIO
TV HD 65 INCI
KOMPUTER RIBA SPESIFIKASI SEDERHANA (CORE i5)
SET KAMERA BIRD DOG
TELEPROMPTER DISPLAY
MIKROFON WAYARLES PROFESIONAL
PERISIAN VIDEO STREAMING (VMIX)
TRIPOD KAMERA
SET LAYAR HIJAU
PENCETAK 3D
SET VIRTUAL REALITY (VR)
SET KIT MIKROBOTIK
SET REKA EDUKIT
DRON (DIURUS PEGAWAI COE)
PICO VR GOGGLES (DIURUS PEGAWAI COE)