Sumber Future Skills for All

PANDUAN GURU

Panduan perancangan kelas menggunakan sumber FS4A:

Klik SINI untuk mendapat kelas salinan FS4A.

Panduan portal semakan guru:

SENARAI BAHAN

Peralatan yang perlu ada di dalam kelas anda

Komputer

Murid boleh berkerja secara individu atau berkumpulan. Pastikan komputer cukup untuk semua murid.

Set micro:bit

(Bagi kelas micro:bit sahaja) Set micro:bit diperlukan untuk menunjukkan bagaimana pengaturcaraan mampu mengawal alat fizikal dan potensi projek yang boleh dibina murid. Senarai penuh boleh didapati di sini.

Sambungan internet

Cara terbaik untuk menggunakan Future Skills for All memerlukan sambungan internet. Tetapi, dengan bahan yang disediakan, guru juga boleh mengajar tanpa internet.

Fon kepala

Fon kepala (headphones) tidak wajib tetapi dapat membantu murid fokus dan mengikuti pengajaran mengikut keperluan.

Laman yang akan digunakan:


  1. Future Skills for All: Laman ini adalah di mana guru/murid boleh mendapatkan nota, video tutorial dan kuiz untuk pengajaran pengaturcaraan siri yang berlainan

  2. MakeCode: MakeCode adalah dimana murid akan mengaturcara micro:bit mengikut video tutorial yang ditunjukkan.

  3. Repl.it: Repl.it adalah di mana murid akan cuba semua cabaran pengaturcaraan HTML dan python.

  4. Google Classroom: Goolgle Classroom adalah untuk memudahkan komunikasi antara guru dan murid dari sekolah yang sama.

LATIHAN ATAS TALIAN

Cara menggunakan sumber Future Skills for All

Dapatkan gambaran keseluruhan program Future Skills for All, mengenali micro:bit dan bersedia untuk kelas pertama anda!

Perjalanan murid dalam menggunakan sumber Future Skills for All. Lihat bagaimana murid boleh menggunakan sumber yang tersedia.

Teroka bagaimana kombinasi sumber Future Skills for All dan Google Classroom dapat membantu anda di dalam kelas.

Ikuti langkah-langkah ini untuk memastikan murid yang kurang upaya dapat menggunakan sumber Future Skills for All.

BAHAN MENGAJAR

Bahan-bahan mengajar yang boleh dicetak untuk kegunaan guru dan murid

(bagi siri micro:bit sahaja)

10 pengajaran yang melibatkan video tutorial dan aktiviti interaktif. Dokumen ini menunjukkan objektif dan kriteria kejayaan bagi setiap pengajaran.

Cari panduan mengajar yang direkabentuk khas untuk guru bagi setiap pengajaran micro:bit. Panduan ini membantu guru untuk merancang setiap pengajaran dengan lebih berkesan.

Raikan pencapaian murid dengan mencetak sijil penyertaan program Future Skills for All bagi murid yang berjaya melengkapkan semua pengajaran dan tugasan!

LADAP DI SEKOLAH

Bengkel praktikal di sekolah bersama guru-guru

Kami bekerjasama dengan pegawai JPN dan juga rakan strategik untuk memberikan bengkel praktikal percuma dalam menggunakan sumber Future Skills for All di sekolah.