Pertandingan Water Rocket Challenge ini merupakan satu aktiviti Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Dan Matematik (STEM) yang memperkenalkan teknologi pelancaran roket air. Pertandingan ini bertujuan mencungkil bakat, kreativiti dan memberi pendedahan kepada murid-murid sekolah menengah dan rendah mengenai ilmu sains angkasa, teori-teori dalam kejuruteraan fizikal dan memupuk minat murid dalam mata pelajaran sains dan teknologi.
2.1 Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori untuk sekolah rendah dan menengah iaitu:
i Kategori Sasaran (Target)
ii Kategori Payung Terjun (Payload)
2.2 Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua murid Sekolah Rendah (Tahun 4 hingga Tahun 6) dan Sekolah Menengah (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5).
2.3 Penyertaan adalah secara berkumpulan yang terdiri daripada dua (2) murid daripada sekolah menengah dan dua (2) murid daripada sekolah rendah.
2.4 Pertukaran ahli kumpulan selepas pendaftaran tidak dibenarkan
2.5 Setiap kumpulan perlu membina roket air pada waktu pertandingan untuk kategori sasaran (Target) dan kategori payung terjun (Payload)
3.1 Peserta dinasihatkan untuk memakai pakaian yang sesuai. Contohnya pakaian sukan yang melambangkan sekolah / negeri masing-masing.
3.2 Masa pertandingan
i. 6hb Ogos
Sesi 1: Pembinaan roket (2 jam)
Sesi 2: Pelancaran (sasaran) dan Pelancaran Roket - Payung terjun (Payload)
4.1 Setiap pasukan wajib mengambil bahagian dalam kedua-dua acara iaitu Kategori Sasaran (Target) dan Kategori Payung Terjun Berbeban (Payload).
4.2 Pemenang ditentukan berdasarkan kedudukan terbaik (ranking) yang diperolehi daripada kategori seperti berikut:
i. Kategori Sasaran (Target)
ii. Kategori Payung Terjun Berbeban (Payload)
5.1 Kategori Sasaran (Target)
5.1.1 Setiap pasukan dikehendaki melancarkan model roket air yang akan jatuh pada sasaran yang ditetapkan.
5.1.2 Jarak sasaran, x dari tapak pelancar adalah seperti berikut:
5.1.1 Setiap pasukan hanya dibenarkan membuat dua (2) kali pelancaran sahaja untuk jarak sasaran. Tempoh persediaan dan pelancaran roket air adalah tidak melebihi 3 minit. Pasukan yang lebih dari masa yang ditetapkan akan dibatalkan markah pusingan berkenaan. Sekiranya berlakunya masalah teknikal pada pelancar, masa pusingan akan dimula semula.
5.1.2 Semua roket air hanya dilancarkan pada tekanan maksimum 60 psi.
5.1.3 Untuk memastikan roket air yang dilancarkan jatuh pada sasaran, setiap pasukan perlu menentukan sendiri parameter seperti isipadu air dalam botol, tekanan udara dan sudut pelancaran roket.
5.1.4 Jarak roket air yang jatuh dalam zon sasaran akan diukur dan markah akan ditentukan berdasarkan jarak terdekat roket air daripada sasaran (bull’s-eye). Ukuran diambil berdasarkan tempat jatuhan roket.
5.1.5 Roket air yang jatuh di luar zon sasaran adalah dianggap gagal. Sekiranya terdapat kurang daripada 5 pasukan yang memasuki zon sasaran, maka jarak jatuhan roket yang paling hampir dengan sasaran (di luar zon sasaran) akan diambil bagi melengkapkan 5 pasukan terbaik kategori sasaran..
5.1.6 Purata jarak percubaan diambil kira dalam penentuan tempat.
5.1.7 Sekiranya roket air berpecah kepada dua (2) bahagian atau mana komponen yang terpisah selepas pelancaran, percubaan tersebut adalah dianggap gagal (tiada markah diberikan).
5.1.8 Pengukuran jarak sasaran dibuat selepas tamat pusingan.
5.1.9 Selepas pelancaran dibuat, wakil peserta hendaklah menandakan tempat jatuhan. Wakil peserta akan dipanggil untuk menyaksikan proses pengukuran dijalankan.
Rajah berikut menunjukkan pelan tapak pelancaran dan zon sasaran.
X : 60m - 80m
6.2 Kategori Payung Terjun Berbeban (Payload)
6.2.1 Setiap pasukan dikehendaki melancarkan model roket air yang dilengkapi payung terjun berserta beban yang ditentukan pihak penganjur.
6.2.2 Catatan masa payung terjun bersama beban di udara akan dicatat.
6.2.3 Payung terjun dan beban mestilah diletakkan di bahagian atas komponen utama roket air. Sila rujuk Model Roket Air / Komponen Utama Roket Air.
6.2.4 Beban mesti jatuh bersama payung terjun ke permukaan Bumi tanpa rosak/pecah di zon pendaratan yang ditetapkan.
6.2.5 Setiap pasukan perlu menentukan sendiri parameter seperti paras air dalam botol dan tekanan udara.
6.2.6 Semua roket air hanya dilancarkan pada tekanan maksimum 60 psi.
6.2.7 Setiap pasukan hanya dibenarkan membuat dua (2) kali pelancaran sahaja.
6.2.8 Masa pendaratan di ambil bermula dari pelancaran roket air sehingga ianya:
● Jatuh ke permukaan tanah; atau
● Tersangkut di atas objek lain seperti pokok, bangunan atau pagar; atau
● Hilang daripada pandangan para hakim; atau
● Berada di udara melebihi 5 minit.
6.2.9 Penilaian adalah berdasarkan 3 aspek:
6.2.9.1 Masa
a. Masa payung terjun bersama beban berada di udara selepas pelancaran.
b. Markah tertinggi akan diberikan kepada catatan masa yang paling lama berada di udara.
6.2.9.2 Pendaratan
Payung terjun bersama beban jatuh dalam zon pendaratan yang telah ditetapkan.
6.2.9.3 Fizikal Beban
Beban berada dalam keadaan yang baik selepas pendaratan.
6.3.0 Sekiranya cuaca tidak mengizinkan, pihak penganjur berhak untuk menyemak semula masa dan jadual pertandingan.
Rajah berikut menunjukkan pelan tapak pelancaran dan zon pendaratan untuk kategori payload.
7.1 Senarai bahan dan peralatan yang dibenarkan dalam Pembinaan Roket kategori Target dan Parachute Payload:
7.1.1 Dibawa oleh setiap pasukan ( bergantung kepada keperluan)
7.0.1 Disediakan oleh penganjur:
7.0 Penganjur berhak mengubah senarai bahan yang ditetapkan mengikut keperluan dan kepentingan pertandingan.
7.1 Pembinaan
7.0.1 Spesifikasi Model Roket Air
7.0.1 Setiap model roket air bagi kategori sasaran (1 roket) dan bagi kategori payload (1 roket) peserta perlu membina semasa hari pertandingan.
7.0.2 Setiap komponen utama model roket air perlu dibina dengan menggunakan botol plastik minuman berkarbonat 1.5 liter.
7.0.3 Semua tenaga yang dibekalkan kepada roket air adalah kombinasi tekanan air dan udara sahaja.
7.0.4 Semua roket air akan dilancarkan dengan menggunakan pelancar yang disediakan oleh pihak penganjur.
7.0.5 Setiap pasukan dikehendaki mencuba kesesuaian botol yang digunakan dengan pelancar yang disediakan oleh penganjur semasa sesi pembinaan.
7.0.6 Pihak penganjur tidak bertanggungjawab jika botol yang digunakan tidak sesuai dengan pelancar pertandingan.
7.0.7 Setiap pasukan dinasihatkan membina model roket air seperti bilangan berikut:
i. Kategori Sasaran – 1 roket sahaja dan kon yang telah siap ii Kategori payung terjun (Payload) - 1 roket
7.0.8 Semua syarat dan peraturan pertandingan adalah tertakluk kepada perubahan semasa tanpa notis awal.
7.0.9 Pihak penganjur tidak menyediakan ‘rocket stand’. setiap pasukan digalakkan menyediakan sendiri untuk memudahkan penyimpanan roket.
7.0.10 Keputusan panel hakim adalah muktamad.
7.1 Penglibatan
7.1.1 Hanya 2 orang peserta yang terlibat dalam pelancaran roket.
8.1 Bilangan Hakim
Kategori Sasaran dan Payload
8.0 Kategori Pemenang
8.0.1 Hadiah disediakan untuk tempat pertama hingga ketiga berdasarkan:
i. Kategori Sasaran Terbaik
ii. Kategori Payung Terjun (Payload) Terbaik
8.0.2 Keputusan hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.