Bidang Ibadah
Mari Bersuci
Merumus dan mengamalkan konsep bersuci daripada najis mukhoffafah, mutawassitoh dan mughollazoh dengan betul secara beradab dan beristiqamah.
Murid dapat :
Menerangkan pengertian najis.
Menerangkan bahagian dan jenis najis serta cara menyucikannya.
Pada akhir pembelajaran, murid dapat :
Menerangkan pengertian najis dengan betul.
Menyenaraikan sekurangnya 2 jenis najis beserta contoh bagi setiap jenis najis dengan betul.
Membezakan sekurangnya 2 cara menyucikan najis mengikut jenis najis dengan betul.
PENGENALAN
Murid menonton video dan bersoal jawab dengan guru
(Contoh soalan : Apa yang berlaku? Bagaimana kamu tahu itu adalah najis? Apa yang perlu dilakukan? )
Jawapan murid dikaitkan dengan tajuk yang akan dipelajari.
AKTIVITI 1 - PENGERTIAN NAJIS
Murid latih tubi membaca dan menyebut pengertian najis dengan bimbingan guru.
Murid menyebut semula pengertian najis secara kelas dan individu.
AKTIVITI 2 - JENIS NAJIS
Murid mendengar penerangan guru tentang jenis najis dan contohnya.
Murid mengulang semula melalui soal jawab.
Murid menjawab kuiz atas talian.
Najis ringan iaitu air kencing kanak-kanak lelaki yang berumur 2 tahun ke bawah yang tidak makan dan minum kecuali susu ibunya sahaja.
Najis sederhana iaitu najis selain daripada najis mughollazoh dan najis mutawassitah.
Najis berat iaitu anjing dan babi serta keturunannya dan segala perkara yang berkaitan dengan kedua-duanya.
CONTOH NAJIS MENGIKUT JENIS
AKTIVITI 3 - CARA MENYUCIKAN NAJIS
Murid diperdengarkan lagu "Cara Menyucikan Najis" dan murid menyanyi secara kelas.
Murid melakukan amali menyucikan najis selepas tunjuk cara daripada guru.
PENILAIAN KENDIRI
Murid bermain kuiz secara atas talian sebagai penilaian kendiri.
PENTAKSIRAN BERTULIS
Murid melengkapkan lembaran kerja yang diberikan oleh guru.