Misi kamu: Bongkar misteri perubahan rupa Bulan di langit malam!
Misi kamu: Bongkar misteri perubahan rupa Bulan di langit malam!
KLIK DAN PLAY PENERANGAN GURU RAVI
Bulan tidak mengeluarkan cahayanya sendiri. Cahaya Bulan sebenarnya ialah cahaya Matahari yang dipantulkan oleh permukaan Bulan ke arah Bumi. Apabila Bulan bergerak mengelilingi Bumi, bahagian Bulan yang disinari Matahari dan dapat dilihat dari Bumi berubah-ubah. Inilah yang dipanggil fasa Bulan. 🌙
💐Bulan bergerak mengelilingi Bumi dalam satu orbit.
🌷Cahaya Matahari menyinari separuh permukaan Bulan pada satu-satu masa.
🌹Sudut pandangan kita di Bumi berubah semasa Bulan mengorbit.
TAHUKAH ANDA ??🤔
Satu kitaran fasa Bulan mengambil masa kira-kira 29.5 hari (satu bulan lunar).
✅ Kepentingan Mengetahui Fasa Bulan
♦️Menentukan awal bulan Hijrah (kalender Islam).
♦️Membantu petani merancang musim tanaman.
♦️Digunakan nelayan untuk mengetahui pasang surut air laut.
♦️Memupuk minat meneroka angkasa lepas.
Kamu telah menyelesaikan cabaran fasa Bulan. Bersedia untuk meneroka misteri buruj?
TEKAN MISI 2▶️