PROFIL SEKOLAH
PROFIL SEKOLAH
1940
Tuan Haji Wok Merah dan orang kampung telah mendirikan sebuah bangunan kayu di Teluk Baru sebagai Sekolah Melayu Tanjung Lumpur yang pertama. Sepasang suami isteri, cikgu Jaafar dan cikgu Wan Kalsom adalah tenaga pengajar yang pertama, manakala murid berjumlah 60 orang.
1946
Bangunan sekolah telah dirobohkan dan bangunan kayu yang baru telah didirikan oleh orang kampong di tapak sekolah sekarang. Guru besar,Cikgu Abdul Rani bin Mohd Amin dibantu oleh Cikgu Ali Shariff(Dato, Ali Shariff, bekas Timbalan Menteri Tenaga dan Pos),Cikgu Ahmad bin Buruk,cikgu Mat Derus, Cikgu Shamsuddin,Cikgu Sharifah Ramlah dan Cikgu Ahmad Ghani.
1952
Kerajaan British telah bersetuju membina sebuah sekolah baharu(bangunan kayu) yang mempunyai 6 bilik dan sebuah pejabat lengkap dengan pagar kayu, manakala kantinnya dibina oleh penduduk kampung. Guru besar pada masa itu,ialah Encik Abu Bakar bin Mat Amin ,dibantu oleh 9 orang guru termasuk Ustaz Salleh. Kelas pada masa itu terdiri dari tahun satu hingga lima sahaja.
1961
Dua orang pekerja sekolah (tukang kebun) telah diambil iaitu Encik Said bin Bakar dan Encik Rani bin Jusoh.Seorang kerani sementara telah dilantik iaitu Encik Tahir bin Osman. Mereka berdua telah berkhidmat di sekolah ini sehingga tahun 2000.
1974
Sekolah ini berubah wajah apabila sebuah bangunan batu dua tingkat telah dibina.Terdiri dari 6 buah kelas,sebuah pejabat ,sebuah bilik guru, tandas murid dan guru,serta sebuah kantin. Bangunan kayu dirobohkan pada tahun 1979.
1982
Sebuah lagi bangunan baharu 3 tingkat telah dibina bagi menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah. Bangunan tiga tingkat itu mempunyai 6 bilik darjah 4 dan 4 buah tandas.Sesi persekolahan menjadi dua sesi berikutan pertambahan bilangan pelajar Pada tahun 1989,sebuah lagi bangunan tambahan 3 tingkat dibina dengan 8 buah kelas, sebuah pusat sumber,sebuah klinik dan 2 buah tandas.
2015
Sekolah Kebangsaan Tanjung Lumpur telah dipilih sebagai salah sebuah sekolah yang melaksanakan Program Sekolah Amanah dan mendapat tajaan oleh Yayasan Amir.Program ini menitikberatkan kemenjadian murid. Pada tahun pertama pelaksanaannya, sekolah ini dipimpin oleh Encik Azmi bin Mohamad,dibantu oleh tiga orang fasilitator yang dilantik oleh Pihak Leaped iaitu Puan Hajah Hamidah binti Mansor,Puan Hajah Rosnah dan Mr Declan.
2022
Sekolah Kebangsaan Tanjung Lumpur telah menerima sijil Tamat Tempoh Matang Intervensi Program(TTMIP). SK Tanjung Lumpur juga telah memperkenalkan nama singkatan baharu iaitu STAR yang telah dilancarkan oleh guru besar, Puan Hajah Norsalwa binti Abdul Wahab pada 2 Jun 2022 di Hotel Shahzan Inn, Kuantan.
BULAN BINTANG :
Agama Islam yang menjadi pegangan utama warga sekolah
PELITA :
Melambangkan ilmu sebagai penyuluh hidup
SEGULUNG IJAZAH :
Motif semangat juang yang tinggi untuk mencapai kejayaan menjadi
LAGU SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Tanjung Lumpur
Sekolah ku tercinta
Tempat menimba pelajaran
Bimbingan dan tauladan
Marilah kawan tingkatkan azam
Berusaha setiap masa
Bersama guru
Ibu bapa berjasa
Teruskan cita-cita
Teruskan cita-cita
LOKASI SEKOLAH