JOM LIKE FB PAGE LAMAN RASMI SK LUNAS JAYA
Kandungan pengurusan kokurikulum yang merangkumi Unit Beruniform, Kelab Persatuan dan Sukan Permainan.
Kandungan pengurusan hal ehwal murid menerusi aspek sahsiah, disipin dan kebajikan murid.
Sekolah Kebangsaan Lunas Jaya bermula sebagai Sekolah Melayu Lunas Estate (SMLE) yang ditubuhkan oleh Pengurus Lunas Estate pada tahun 1950. Ia mula beroperasi pada 15 Oktober 1950 dengan guru besar pertama ialah En Ismail bin Had dari Sekolah Melayu Teloi. Beliau menjadi tenaga pengajar pertama mendidik 48 org murid yang kebanyakannya dari Sekolah Melayu Lunas Darjah 1.
Pada tahun 1957 SMLE ditukarkan kepada nama Sekolah Umum Lunas Estate (SULE) dan pada tahun 1960 ditukarkan kepada nama Sekolah Kebangsaan Lunas Estate SKLE). Pada 24 Disember 1976 hingga 1981 projek pembinaan sekolah baru diluluskan dan pada 17 Mei 1981 sekolah baru telah siap sepenuhnya dan dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Ladang Lunas(SKLL). Pada tahun 1998 SKLL sekali lagi bertukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Lunas Jaya (SKLJ) dan dinaikkan taraf ke sekolah Gred A.