PENGENALAN KAKOM
Sila ikuti instagram @buletinkakom2022
PENGENALAN KAKOM
Karnival Kokurikulum Matrikulasi (KAKOM)
Karnival Kokurikulum Matrikulasi (KAKOM) 2022 ialah pengelolaan oleh Bahagian Matrikulasi dengan kerjasama Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (12 buah), Kolej Matrikulasi Teknikal (3 buah), Kolej MARA (2 buah) dan Asasi UA (3 buah).
Karnival Kokurikulum Matrikulasi (KAKOM) adalah merupakan salah satu aktiviti dalam program kokurikulum. Ianya melibatkan sebilangan pelajar yang terpilih bagi mewakili kolej masing-masing dalam aktiviti permainan, pertandingan bercorak akademik dan waja diri. Karnival ini secara umumnya adalah bertujuan untuk melahirkan pelajar yang mempunyai kekuatan semangat dan berdaya saing.
Tuan Rumah
Kolej Matrikulasi Melaka adalah Kolej Matrikulasi yang pertama dibina oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Ianya di bawah pentadbiran Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kolej Matrikulasi Melaka(KMM) seluas lebih kurang 85 ekar terletak di Londang Masjid Tanah Alor Gajah Melaka telah siap dibina pada 1 Jun 1999. Seramai 61 orang staf kolej telah mula bertugas mulai tarikh tersebut. Pengambilan pelajar perintis sessi 1999/2000 bermula pada 19 Julai 1999.Kolej ini ditubuhkan dengan matlamat Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menyediakan pelajar-pelajar bagi mengikuti kursus peringkat ijazah dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas di universiti awam dan swasta.
Terdapat banyak kemudahan sukan yang terdapat di Kolej Matrikulasi Melaka. Antaranya dewan badminton, dewan terbuka, gelanggang bola tampar, gelanggang petangue, padang bolasepak, padang ragbi, gelanggang sepak takraw, gelanggang bola keranjang dan gelanggang tenis. Kemudahan - kemudahan sukan ini masih digunakan dan berada di dalam keadaan baik.
ACARA YANG AKAN BERLANGSUNG
Bola Tampar
Badminton
Sepak Takraw
Bola Jaring
Bola Keranjang
Petanque
Bola Sepak
Tenis
Ragbi Sentuh