Menginsuranskan kenderaan mengikut harga pasaran atau dipanggil “Market Value” adalah terjemahan mudah.
Sebagai contoh:
Kenderaan anda bernilai rm100k sekarang. Diinsuranskan pada kadar rm100k.
Seandainya kenderaan anda terlibat dalam kemalangan yang berakhir dengan status “total loss”, kiraan gantirugi akan dibuat dengan harga pasaran di masa itu.
Jika kenderaan anda telah susut nilai ke rm75k, Syarikat Insurans/takaful akan membayar mengikut nilai semasa itu rm75k.
Agreed value atau nilai dipersetujui adalah nilai yang telah dipersetujui oleh pemegang polisi dan syarikat insurans ketika anda renew insurans. Nilai ini ditentukan oleh faktor-faktor underwriting tertentu. Sekiranya berlaku tuntutan total loss atau kecurian, syarikat insurans akan membayar pampasan penuh mengikut nilai yang telah dipersetujui ini.
Contoh: Anda telah memilih jumlah diinsuranskan mengikut nilai dipersetujui iaitu RM100,000. Ditakdirkan 11 bulan kemudian, kereta anda kemalangan dan tidak dapat dibaiki lagi atau dikategorikan sebagai total loss. Anda akan mendapat pampasan daripada insurans sebanyak RM100,000 mengikut nilai dipersetujui, walaupun nilai pasaran kereta anda telah susut kepada RM85,000.
Status total loss tidak hanya diguna pakai untuk kerosakkan yang tidak boleh dibaik pulih. Ianya juga diguna pakai apabila nilai baik pulih adalah lebih tinggi dari nilai yang diinsuranskan.
Contoh kerapan:
Menginsuranskan kenderaan pada kadar terendah (contoh: 10k) terlibat dalam kemalangan bersama kenderaan lain. Jumlah penuh tuntutan dari semua kenderaan lain terhadap insurans anda + kos baik pulih kenderaan sendiri lebih dari 10k, ini adalah status “total loss”
Keburukan:
Status total loss akan tercatat dalam rekod JPJ sebagai kereta lupus. Walaupun dapat diperbaiki, anda tidak akan dapat memperbaharui lagi insurans & roadtax.