Agreed value atau nilai dipersetujui adalah nilai yang telah dipersetujui oleh pemegang polisi dan syarikat insurans ketika anda renew insurans. Nilai ini ditentukan oleh faktor-faktor underwriting tertentu. Sekiranya berlaku tuntutan total loss atau kecurian, syarikat insurans akan membayar pampasan penuh mengikut nilai yang telah dipersetujui ini.
Contoh: Anda telah memilih jumlah diinsuranskan mengikut nilai dipersetujui iaitu RM100,000. Ditakdirkan 11 bulan kemudian, kereta anda kemalangan dan tidak dapat dibaiki lagi atau dikategorikan sebagai total loss. Anda akan mendapat pampasan daripada insurans sebanyak RM100,000 mengikut nilai dipersetujui, walaupun nilai pasaran kereta anda telah susut kepada RM85,000.