1 MINUTE PUSH-UP
Setiap penyertaan wajib mematuhi prosedur Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk menangani penularan covid-19.
Penyertaan terbuka kepada murid tingkatan 1 hingga 5. Kategori terbahagi kepada dua iaitu Lelaki dan Perempuan bagi setiap tingkatan.
Setiap murid hanya boleh memilih dan menyertai satu pertandingan sahaja.
Cabaran yang dipilih akan dilaksanakan secara individu dan di lokasi keberadaan masing-masing.
Peserta hendaklah berpakaian sukan,tracksuit,bertshirt dan berkasut sukan semasa melakukan aktiviti.
Peserta perlu ditemani, diselia oleh ibu bapa atau orang dewasa semasa menjalankan aktiviti. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kejadian yang tidak dingini berlaku semasa/sepanjang pertandingan berlangsung. Peserta digalakkan melakukan regangan/pemanasan badan sebelum melakukan aktiviti.
Setiap murid yang berminat menyertai pertandingan 1M1S ini perlu mendaftar melalui borang pendaftaran (goggle form) yang disediakan oleh pihak penganjur.
Peserta dikehendaki memuat naik video asli yang dirakam tanpa suntingan ke Youtube dan menghantar pautan (link) pada google form yang disediakan oleh pihak penganjur.
Sebarang kos adalah di bawah tanggungan peserta/murid.
Sebarang pelanggaran syarat pertandingan di atas akan menyebabkan penyertaan dibatalkan serta merta.
PERATURAN PERTANDINGAN
KATEGORI LELAKI
Pertandingan Tekan Tubi(Push Up) dilakukan (1 minit tanpa henti).
Pemenang akan dikira melalui jumlah tekan tubi (Push Up) terbanyak yang dilakukan selama (1 minit tanpa henti) dan menggunakan teknik yang betul dan tepat.
Kedudukan postur badan bagi lelaki ialah dalam keadaan bersedia dan tangan dibuka seluas bahu. Berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan hujung kaki. Kedudukan badan dan kaki sentiasa diluruskan muka pandang ke lantai. Kedudukan postur badan bagi perempuan ialah lutut difleksi dan kedua-dua belah kaki bersilang. Kedudukan badan dan paha sentiasa diluruskan dan muka pandang ke lantai.
Turunkan badan dengan fleksi siku sehingga 45 darjah dan naik semula dengan kiraan 1- 2 dikira 1 ulangan.
Murid hendaklah berpakaian sukan lengkap dan berkasut.
Muzik latar untuk penghasilan video tidak dibenarkan.
Video pautan Youtube di hantar menggunakan borang yang disediakan oleh penganjur.Sebarang suntingan video tidak dibenarkan.
Posisi kamera diletakkan di bahagian sisi badan secara melintang dan statik.
Pastikan kawasan dan ruang yang digunakan selamat dan sesuai sepanjang rakaman dijalankan.
Durasi rakaman video tidak boleh melebihi dari 1 minit 20 saat termasuk pengenalan diri.
Video melebihi durasi masa ditetapkan tidak akan dinilai.
Video rakaman mestilah mengandungi tajuk dan pengenalan diri. Format penulisan nama video adalah seperti berikut:
CONTOH TAJUK VIDEO - NEGERI*PILIHAN PERTANDINGAN*
JOHOR ONE MINUTE TEKAN TUBI (PUSH UP) CHALLENGE
CONTOH PENGENALAN - NAMA*TINGKATAN*NAMA SEKOLAH*KOD SEKOLAH*
RASHID TINGKATAN 5 SMK GELANG PATAH JEE1004.