TAHNIAH

KEPADA BAKAL PELAJAR KOLEJ MATRIKULASI PERLIS SESI 2024/2025 (AMBILAN KEDUA)

Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan saudara dan saudari terpilih mengikuti pengajian Program Matrikulasi Sistem Dua Semester (SDS) Kementerian Pendidikan Malaysia Sesi 2024/2025 dan akan menjadi sebahagian warga di Kolej Matrikulasi Perlis.


 PENTING :  Sila baca dengan teliti dan pastikan semua tindakan diambil

 Pendaftaran Online ini HANYA dibuka kepada pelajar yang telah berjaya ditawarkan sesi pengajian 2024/2025 ke Program Matrikulasi, KPM di Kolej Matrikulasi Perlis. 

Sila ikuti langkah ini;

TINDAKAN 1 : SALURAN KOMUNIKASI

Pelajar dan ibubapa/penjaga boleh sertai Kumpulan Telegram Tawaran Pelajar Kolej Matrikulasi Perlis sesi 2024/2025 (Group Sementara Ambilan Kedua) untuk mendapatkan informasi berkaitan Pendaftaran & Lapor Diri Pelajar.


Klik & join link Telegram: 

https://t.me/+CQuui8QtvpZjNjc1

TINDAKAN 2 : DOKUMEN PENDAFTARAN PELAJAR

Cetak dan lengkapkan semua keperluan Dokumen Pendaftaran Pelajar Baharu seperti dalam Senarai Semak Dokumen Pendaftaran Pelajar Baharu Program Matrikulasi, KPM yang telah dibekalkan.


*Klik - Senarai Semak Dokumen Pendaftaran 

TINDAKAN 3 : MAKLUMAT PENDAFTARAN ONLINE

*Klik - Panduan e-Pendaftaran Pelajar sebelum mendaftar. Baca dengan teliti dan sediakan maklumat :

Nota  : Sila rujuk Panduan e-Pendaftaran Pelajar untuk dapatkan No akaun (BSN) Kolej Matrikulasi Perlis. 

TINDAKAN 4 : PENDAFTARAN ONLINE (e-PENDAFTARAN)

*Klik e-Pendaftaran Pelajar untuk mendaftar secara dalam talian (online). Ia akan dibuka bermula 8 Julai jam 10.00 pagi sehingga 10 Julai 2024 jam 11.59 malam (tertakluk kepada perubahan). 

Pelajar dinasihatkan membuat pendaftaran awal bagi mengelakkan kesesakan talian internet dan sebagainya. 

TINDAKAN 5 : MAKLUMAT TAMBAHAN

(Sila baca dengan TELITI dan CETAK untuk kelancaran proses pendaftaran & Lapor Diri pada 1 Julai 2024)

INFO

 

Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi

Tel : 04-9868613/14/15/16

Faks : 04-9868542

Email : info@kmp.matrik.edu.my

(Maklumbalas akan diberi pada hari bekerja & waktu pejabat sahaja)

Sebarang maklumat kemaskini akan diedarkan juga melalui

Kumpulan Telegram Tawaran Pelajar Kolej Matrikulasi Perlis Sesi 2024/2025) 

Hakcipta Terpelihara @2024 Kolej Matrikulasi Perlis. All Rights Reserved.

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768

Penafian: Kolej Matrikulasi Perlis tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.