Kursus Majlis Rasmi dan Protokol ini dilaksanakan kepada kesemua staf dan pelajar di Kolej Komuniti Tangga Batu. Kursus ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada penjawat awam dan pelajar mengenai protokol di dalam majlis rasmi dan juga mendedahkan peserta kepada pengetahuan mengenai amalan protokol dan pengendalian Majlis Rasmi khususnya tatacara mengendali majlis-majlis rasmi kerajaan. Ia juga memberi penekanan terhadap aplikasi elemen protokol dalam pengurusan majlis yang cemerlang.
Kursus Majlis Rasmi dan Protokol
10 Jun 2024
Kursus Usahawan Digital Komuniti Madani 2024: Asas Usahawan Shopee ini merupakan satu kursus anjuran bersama ULPS dan Unit Keusahawanan, Kolej Komuniti Tangga Batu. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua staf terhadap usahawan digital melalui platform Shopee. Perkongsian ini dapat memberi idea dan peluang kepada staf tentang cara-cara untuk menjana pendapatan melalui Shopee. Dengan adanya kursus seperti ini, ia dapat membuka minda staf dan pelajar terutamanya di KKTB untuk menjadikan platform Shopee sebagai salah satu peluang menjana pendapatan mereka setelah tamat kursus ini.
Kursus Usahawan Digital Komuniti Madani 2024: Asas Usahawan Shopee
17 April 2024
Program Terapi Minda (Self-Care) dan Mengenali Potensi Diri bersama Kaunselor dan Pegawai Psikologi Kementerian Kesihatan Malaysia. Program ini bertujuan untuk memberi pendidikan kepada staf dan pelajar tentang aspek - aspek penjagaan kesihatan diri, peningkatan kerjaya dan kepentingan menjaga kesihatan mental kepada diri.
Program Terapi Minda (Self-Care) dan Mengenali Potensi Diri