Program Sijil Kulinari di Kolej Komuniti Malaysia direka khas untuk individu yang berminat mendalami bidang masakan profesional. Ia menawarkan gabungan teori dan latihan praktikal yang komprehensif, bertujuan melahirkan tenaga kerja mahir dalam industri perhotelan dan katering.
Lulusan program ini berpeluang bekerja dalam pelbagai bidang, antaranya:
Chef profesional di hotel dan resort dalam dan luar negara.
Jurumasak, penyelia dapur, atau pembantu dapur di kafeteria, hospital, atau syarikat penerbangan.
Pengusaha restoran khas atau makanan segera.
Chef selebriti atau pengacara masakan.
Tenaga pengajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta.
Usahawan dalam bidang katering atau perniagaan makanan.
1. Warganegara Malaysia
2. Memiliki SPM atau setaraf
3. Lulus Bahasa Melayu
4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
5. Mendapat SATU(1) Kepujian dalam mana-mana matapelajaran
6. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali.