Info mengenai MakerMarket
Maker Market merupakan ruang yang disediakan bagi menggalakkan setiap pengguna menghasilkan sesuatu, berkolaborasi, berkongsi idea dan mengembangkan idea bersama individu yang lain. Setiap pertemuan yang dijalankan secara individu, berkumpulan atau bersama industri memberi impak kepada hasil produk atau perkhidmatan yang berpotensi untuk dipasarkan.
Ruangan dan fasiliti membantu ke arah melahirkan pencipta baru (Inventor). Maker Market memastikan setiap hasil akhir pencipta baru mampu menyelesaikan masalah dalam pelbagai situasi. Konsep Maker Market melibatkan Meet, Make & Market.
Meet, Make & Market
Meet - Ruang Maker Market sebagai platform interaksi bagi perkongsian idea oleh pelajar, pensyarah atau komuniti.
Make - Mengaplikasikan pelbagai bidang kemahiran bagi merealisasikan proses penghasilan produk.
Market - Peluang pemasaran produk inovasi kepada pengguna akhir.